Kabhi Khushi Kabhie Gham boleh dikatakan sebagai salah satu filem Bollywood kegemaran peminat, baik dari kisah dramatik sehinggalah kepada barisan pelakonnya.
Nama Hrithik Roshan Mula Naik
Menurut Intepseleb, awal tahun 2000-an adalah waktu Shah Rukh Khan mempunyai beberapa filem yang gagal, dan pada masa yang sama, Hrithik Roshan masih merupakan pelakon yang agak baru.
Pada masa itu namanya sedang meningkat naik hasil daripada penampilan sulungnya yang juga menjadi salah satu filem sulung terbaik dalam sejarah pawagam India dan dinobatkan sebagai superstar.
Ternyata, perkara ini menjejaskan persahabatannya bukan sahaja dengan Shah Rukh Khan, tetapi juga Amitabh Bachchan, Jaya Bachchan dan Kajol.
Malah, keempat-empat pelakon itu mula menjauhi Hrithik semasa penggambaran Kabhi Khushi Kabhie Gham.
Rakan Selebriti Dan Krew Turut Terlibat
Menurut Intepseleb, pengarah filem tersebut, Karan Johar, memaklumkan bahawa layanan yang tidak adil ini bukan dalam kalangan selebriti sahaja, malah kru media juga turut sama-sama memberikan layanan yang buruk kepadanya.
Shah Rukh Khan juga menjauhkan diri daripada Hrithik, manakala Kajol sendiri sudah tentu sentiasa menyebelahi Raja Bollywood itu.
Walaupun kebanyakan pelakon Kabhi Khushi Kabhie Gham tidak menyokong Hrithik, Karanlah yang cuba membuat pelakon itu berasa seselesa mungkin di set.
Sementara itu, ketika zaman kegemilangan Hrithik, terdapat iklan minuman lakonan Shah Rukh Khan yang didakwa mempersendakan Hrithik Roshan dengan mencipta watak aneh memakai pakaian hitam terkenal dari filem Kaho Naa Pyaar Hai.