Uji bakat program realiti, Calpis Soda One In A Million (OIAM) yang diadakan di AEON Mall, Shah Alam dan Universiti Malaya (UM) pada 16 dan 17 November lalu mendapat sambutan yang luar biasa apabila lebih 2,000 orang membanjiri kedua-dua lokasi untuk mencuba nasib sekaligus menjadikan acara dua hari itu sebagai pesta bakat-bakat berkumpul.
Nama besar turut mencuba nasib
Lebih mencuri tumpuan ialah uji bakat yang diadakan ini bukan sahaja dihadiri bakat baharu malah nama-nama yang cukup terkenal di industri seni tanah air turut tampil mencuba nasib demi menjadi bintang Calpis Soda OIAM.
Antara nama besar yang turut hadir ke lokasi uji bakat di AEON Mall, Shah Alam dan Universiti Malaya termasuklah Idayu, Salma Asis, Zainal Alam Kadir, Raes Ariffin, Firman Hyper Act, Zaki Yamani, Ameerais, Fareez Fauzi Mentor dan ramai lagi.
Kehadiran mereka ini membuktikan bahawa pentas ikonik ini masih menjadi rebutan dan tumpuan buat mereka yang ingin bersinar di persada seni muzik!
Bukan itu sahaja, bekas Juara Sinaran Passport 1996 yang juga pemenang tempat ketiga program Mentor Otai iaitu Alina Hassan turut membuat kemunculan dan mencuba nasib melalui sesi uji bakat yang diadakan pada hujung minggu lalu.
Penampilan beliau itu sedikit sebanyak telah menyemarakkan lagi aura pertandingan dan memberi inspirasi kepada semua peserta untuk terus mengejar impian tanpa mengenal batas usia.
Duo istimewa terima tawaran rakaman daripada juri
Sementara itu,Ā duo istimewa yang merupakan golongan kurang upaya (OKU) mencuri tumpuan apabila hadir ke sesi uji bakat di UM inspirasi dengan mempersembahkan karya seni mereka yang unik dan penuh makna kepada para juri.
Dikenali sebagai DNA, duo istimewa yangĀ dianggotai Firdaus dan Adam Zikri itu telah mendapatĀ pujian tinggi daripada kedua-dua juri, Shaffiq Erwin dan AG Coco.
Malah, AG Coco, terpesona dengan keindahan dan makna mendalam lirik mereka, menawarkan peluang kepada duo ini untuk merakamkan lagu-lagu mereka di studionya.
Ini bukan sekadar satu pengiktirafan, tetapi juga bukti kukuh akan keupayaan mereka mencipta karya yang benar-benar asli dan penuh bakat.
Uji bakat Calpis Soda OIAM raikan kepelbagaian di Malaysia!
Penganjuran sesi uji bakat Calpis Soda OIAM ini juga membuktikan bahawa muzik merupakan bahasa universal apabila turut dimeriahkan dengan kehadiran peserta daripada pelbagai kaum seperti Cina dan India.
Dari setiap sudut pusat uji bakat, kelihatan semangat perpaduan yang luar biasa, mencerminkan keunikan dan kepelbagaian rakyat Malaysia.
Kehangatan persembahan mereka bukan sahaja menyatukan bangsa, tetapi juga mengangkat pertandingan ini sebagai sebuah platform inklusif yang diraikan oleh semua lapisan masyarakat!
Uji bakat diteruskan di Pahang & Sarawak
Sesi uji bakat Calpis Soda OIAM tidak akan terhenti di sini dan pencarian akan diteruskan ada hujung minggu ini di Kuantan City Mall, Pahang dan Plaza Merdeka, Kuching Sarawak pada 23 & 24 November 2024.
Sesi uji bakat di Kuantan akan menampilkan Indah Ruhaila dan Sarah Ismail sebagai barisan juri pada hari pertama manakal Ara Johari bakal berganding dengan Sarah Ismail pada hari kedua.
Manakala di Sarawak, para peserta bakal diadili oleh dua juri profesional iaituĀ Bob Yusof dan Shaffiq Erwin bersedia mengambil alih tugas juri.
Jadi, tunggu apa lagi warga Pahang dan Borneo? Sertai kami bulan Disember ini di TV3 bersama Calpis Soda One in A Million, dalam pencarian suara bernilai sejuta ringgit Malaysia yang seterusnya.
Ikuti @TV3Malaysia di semua platform sosial untuk maklumat terkini dan rasai keterujaan Calpis Soda One In A Million bersama Calpis Soda, minuman soda kultur kegemaran anda untuk musim ini.Ā
Kepada mereka yang tidak berpeluang hadir, mereka masih boleh menyertai melalui Uji BakatĀ Dalam Talian, dengan memuat naik video nyanyian berdurasi 1 minit di TikTok dengan hashtag rasmi #CalpisOIAMTV3 dan #SegarRasaSodapSuaraĀ sehingga 24 November ini.