Siapa yang tidak mengenali Faizal Tahir yang merupakan seorang penyanyi, komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman lelaki Malaysia.
Dikenali dengan vokal dan gaya nyanyiannya, karya muzik Faizal telah memperoleh pujian kritis kerana liriknya berkisarkan tentang kehidupan, realiti dan kemanusiaan.
Dia juga terkenal kerana bijak mengikut peredaran zaman di dalam industri muzik tanah air.
Bakal Menjadi Artis Jemputan
Terbaharu, penyanyi dan penulis itu bakal menjadi artis jemputan untuk acara konsert The Journey of Sound yang bakal menampilkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyanyi popular Indonesia, Judika.
Menurut Harian Metro, Faizal berkongsi rasa teruja atas penghormatan besar yang diberikan kepadanya bagi menjadi sebahagian daripada acara bersejarah itu.
Saya sangat teruja untuk menjadi sebahagian daripada konsert yang menggabungkan dua suara ikonik seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Judika.
Ini adalah satu penghormatan besar dan saya berharap untuk memberikan persembahan terbaik kepada semua peminat.
Lebih Dari Satu
Ditanya mengenai persiapan dan jumlah lagu yang akan disampaikan, Faizal berkata, pihaknya sudah meneliti dan menyenaraikan lagu untuk persembahannya.
Insya-Allah, lebih daripada satu. Kalau nak tahu, kenalah hadir ke konsert The Journey of Sound nanti!.
Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar setakat ini. Kami baru selesai memuktamadkan senarai lagu.
Mungkin akan ada kejutan juga. Kita tunggu nanti.
Terkini, Faizal memaklum bahawa dia kini dalam proses menyiapkan album baharunya.
Sekarang, saya sedang dalam proses menyiapkan album baharu yang dijangka dilancarkan awal tahun hadapan, insya-Allah.
Konsert The Journey of Sound adalah projek mega yang dibawakan oleh Universe Gateway menggabungkan dua budaya muzik dua negara, Malaysia dan Indonesia.
Konsert itu bakal berlangsung pada 14 Disember depan bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.