Lima minggu bersiaran dan fenomena Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) terus memecah rekod! CSOIAM bukan sekadar program realiti, malah ia adalah fenomena yang menggegarkan industri hiburan tempatan.
Dominasi dunia hiburan
Laporan AC Nielsen terkini mengesahkan kehebatan CSOIAM sebagai gergasi rating. Dengan jumlah keseluruhan tontonan luar biasa sepanjang lima minggu, iaitu sebanyak 8.5 juta capaian penonton dan 18.88 juta jumlah jangkauan unik penonton, termasuk melalui penstriman di Tonton, CSOIAM telah mengatasi pesaing-pesaingnya.
Lima minggu penuh aksi, pentas CSOIAM menjadi medan pertempuran hebat bakat, diiringi sorakan penonton dan bualan hangat di semua platform social media!
Dari persembahan luar biasa ke artis-artis jemputan kegemaran, kehadiran nama-nama besar juri jemputan, membuatkan semua tak senang duduk, menjadi buah mulut semua dan mendominasi skrin! Tak syak lagi, CSOIAM bukan sekadar rancangan, tapi satu fenomena yang mencipta trend baru dalam hiburan tempatan!
Trending di X
Selama lima minggu berturut-turut, kuasa CSOIAM telah mendominasi carta trending di platform X, membuktikan daya tarikannya yang luar biasa. Setiap minggu, peminat membanjiri platform ini dengan hashtag, reaksi, dan perbincangan, dengan puncak trending di Malaysia, mencatatkan lebih daripada lima ribu sebutan pada waktu siaran setiap minggu!
CSOIAM bukan sahaja di kaca televisyen anda, malah ia turut menguasai media sosial anda. Dengan jumlah jangkauan media sosial sepanjang lima minggu mencapai 10.6 billion, interaksi merentasi platform TV3Malaysia dan CalpisSodaOIAM telah mencetuskan perbualan di seluruh negara, menandakan betapa besar dan luasnya capaian kandungan CSOIAM di platform-platform utama.
Angka ini menggambarkan pengaruh luar biasa yang dimiliki oleh program ini, dengan jutaan individu terdedah kepada setiap perkembangan, perbincangan, dan sorotan sepanjang minggu. Capaian yang menakjubkan ini juga mencerminkan kesungguhan peminat yang terus memberikan sokongan penuh kepada program ini.
Dengan angka jangkauan yang begitu tinggi, CSOIAM telah berjaya memecahkan batasan, menjadikannya lebih daripada sekadar program televisyen, ia telah menjadi fenomena yang mendominasi perbualan dalam talian.
Minggu keenam
Dengan tema “Saling Menyengat, Fizz Sangat!” minggu hadapan, menariknya, setiap peserta akan berduet dengan penyanyi terkenal seperti Marsha Milan, Shiha Zikir, Haqiem Rusli, Khai Bahar, Aisha Retno, dan Amir Masdi. Nantikan pengumuman pasangan duet masing-masing ini pastinya di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan ikuti perkembangan terkini tentang kesemua peserta Top 6 CSOIAM!
Teruskan menyaksikan CSOIAM secara langsung di TV3, setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim secara HD di Tonton. Jangan lepaskan peluang untuk menonton program berprestij ini setiap minggu untuk peluang menangi hadiah berupa sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000 bagi mereka yang bertuah!
Jangan juga terlepas untuk merasai keterujaan sorotan eksklusif pengalaman peserta melalui Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal, yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam. Ikuti perkembangan terkini di media sosial @CalpisSodaOIAMTV3 dan gunakan hashtag #OIAM untuk terus bersama kami mencipta fenomena luar biasa ini.