Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLee Zii Jia Hadiahkan Raket & ‘Shuttlecock’ Sukan Olimpik Paris 2024, Hairul...

    Lee Zii Jia Hadiahkan Raket & ‘Shuttlecock’ Sukan Olimpik Paris 2024, Hairul Azreen Nak Letak Dalam ‘Frame’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pemain badminton negara, Lee Zii Jia menghadiahkan raket serta ‘shuttlecock’ (bulu tangkis) kepada pelakon Hairul Azreen dan anak perempuannya, Alisa Aisyah.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Telatah Alisa ‘Excited’ Tengok Lee Zii Jia Beraksi Di Olimpik Cuit Hati Netizen – ‘Patut Menang, Ada Penyokong Kuat Dekat Malaysia’

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Hairul Azreen Tunaikan Impian Alisa, Bawa Lee Zii Jia Ke Rumah – ‘Terima Kasih Uncle Sebab Datang’

    Hadiahkan raket dan ‘shuttlecock’

    Menerusi perkongsian di Instagram Story Hairul, Lee Zii Jia memberitahu raket dan ‘shuttlecock’ tersebut digunakan semasa kemenangan pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 di Paris, Perancis, baru-baru ini.

    Bronze medallist punya perlawanan. Ada dua (raket) tapi salah satunya adalah ini. Sudah pasti.

    Menurut Hairul, dia berhasrat untuk membingkaikan raket tersebut.

    Ini kena frame lah.

    Sementara itu, Alisa juga menunjukkan hadiah ‘shuttlecock’ yang mempunyai label ‘Paris 2024’.

    Nasi lemak & teh ‘o’ ais

    Dalam hantaran lain, Lee Zii Jia sedang menikmati nasi lemak dan teh ‘o’ ais yang dipercayai menjadi makanan kegemarannya selepas pulang dari Paris.

    Terdahulu, Lee Zii Jia pernah datang ke rumah Hairul dan Hanis Zalikha untuk memberi kejutan buat Alisa yang sangat meminati pemain badminton perseorangan negara itu.

    Malah ketika perlawanan badminton di Olimpik Paris 2024, Alisa turut memberi sorakan buat Lee Zii Jia.

    Sekadar info, Lee Zii Jia berjaya merangkul pingat gangsa dalam kategori perseorangan lelaki selepas menewaskan jaguh India, Lakshya Sen dengan mata 13-21, 21-16, 21-11.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts