Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLee Zii Jia Rindu Nasi Lemak, Sehari Selepas Pulang Dari Olimpik Terus...

    Lee Zii Jia Rindu Nasi Lemak, Sehari Selepas Pulang Dari Olimpik Terus Cari

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Lee Zii JiaLee Zii Jia

    Perkongsian di Instagram Story milik pemain badminton perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mencuri perhatian apabila dia memuat naik gambar sepinggan nasi lemak.

    Rindu hidangan Malaysia

    Lee Zii JiaLee Zii Jia

    Menerusi hantaran itu, dapat dilihat Zii Jia memesan menu yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia iaitu Nasi Lemak yang dihidangkan bersama seketul ayam goreng.

    Turut kelihatan dalam foto tersebut ialah pemain beregu lelaki negara iaitu Sooh Wooi Yik.

    Difahamkan Zii Jia menikmati hidangan itu sehari selepas dia pulang ke tanah air dari Sukan Olimpik Paris 2024.

    Hal itu sekali gus membawa maksud anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini amat merindui makanan tempatan selepas lebih seminggu berkampung di Paris.

    Kelmarin, kepulangan pewira negara yang telah mengharumkan nama Malaysia di temasya Olimpik Paris 2024 disambut dengan meriah di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur (KLIA).

    Terdahulu, Zii Jia berjaya meraih pingat gangsa dalam kategori perseorangan lelaki selepas menewaskan jaguh India, Lakshya Sen dengan mata 13-21, 21-16, 21-11.

    Manakala, Aaron Chia-Soh Wooi Yik juga berjaya meraih gangsa selepas menewaskan pasangan dari Denmark iaitu Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dengan mata 16-21, 22-20, 21-19 dalam tempoh 74 minit perlawanan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts