Untuk menghayati kenangan indah tentang kehidupan kampung dengan lebih mendalam, kawasan permulaan taman tema telah diubah menjadi kawasan sambutan warisan Malaysia yang sangat meriah.
Mengambil inspirasi kempen “Play Unstoppable”, para pengunjung diajak untuk mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti. Antaranya adalah permainan kampung klasik, tarikan baru yang menarik dan menonton tayangan perdana filem LEGO® Friends 4D “Alien Invasion” yang pertama di dunia.
1. Pengalaman “Nostalgia Raya”
Melangkah masuk ke kawasan permulaan taman tema ini, kamu akan melihat gerbang besar yang membawa kamu ke Halaman Desa iaitu ruang yang diilhamkan oleh kampung tradisional.
View this post on Instagram
Jangan lupa untuk bergaya dalam persalinan baju raya kamu dan bergambar di sebelah beca yang berwarna-warni.
Di ruangan ini juga, kamu juga boleh bermain beberapa permainan tradisional seperti carrom, congkak atau batu seremban di Anjung Seri. Psst… Jangan lepaskan peluang untuk lihat Ollie the Dragon yang berpakaian baju raya sepanjang perayaan ini!
2. Play Unstoppable: Cabaran Kreatif & Photo Ops
Kempen global “Play Unstoppable” LEGO® memberi inspirasi kepada kanak-kanak; terutamanya kanak-kanak perempuan untuk memecah halangan dan membina dengan yakin.
Di tarikan “Rebuild The World”, cabar diri anak-anak kamu menerusi Cabaran Main Kreatif di mana mereka mencipta lego mengikut minat mereka dan menyumbang kepada pameran LEGO® yang meriah. Kemudian, si cilik juga boleh mencuba beberapa permainan tradisional yang menyeronokkan. Psst… Tersedia dan sesuai untuk kanak-kanak semua peringkat umur.
Tak dilupakan, abdikan detik-detik istimewa kamu sekeluarga dengan peluang bergambar yang bertemakan raya di seluruh taman tema.
3. Tayangan Perdana Pertama Di Dunia
Istimewanya untuk perayaan kali ini. pengunjung akan disajikan dengan tayangan perdana filem LEGO® Friends 4D “Alien Invasion” yang pertama di dunia. Nikmati pengalaman menonton filem 4D yang mengasyikkan di mana kamu dapat rasai watak-watak tersebut seperti “hidup” di dunia yang nyata!
4. Teroka Aktiviti Menarik Sepanjang Raya
Bukan itu sahaja, sebelum meninggalkan LEGOLAND® Malaysia, pastikan kamu teroka beberapa aktiviti menarik yang disediakan seperti:
- Ambil bahagian dalam Amazing Raya Hunt, di mana kamu perlu mencari dan tahu berapa bilangan ketupat yang tersembunyi di MINILAND Amazing Malaysia dan Kluster Kampung.
- Bina Tanglung Raya LEGO® dan libatkan diri dalam bengkel kebudayaan seperti lukisan batik dan tenunan ketupat (pada hujung minggu sahaja).
- Nikmati persembahan tarian yang meriah dan persembahan muzikal “Joged Uda & Dara”.
Untuk maklumat lanjut mengenai “Nostalgia Raya” di LEGOLAND® Malaysia, jangan lupa untuk layari [WEB], [FB] dan [IG] mereka.
“Nostalgia Raya” LEGOLAND® Malaysia berlangsung sehingga 12 Mei 2024 sahaja. Enjoy dan Selamat Hari Raya!