Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLelaki Dakwa Ramai Tak Solat Subuh, Anggap Sambutan Hari Kemerdekaan Melalaikan –...

    Lelaki Dakwa Ramai Tak Solat Subuh, Anggap Sambutan Hari Kemerdekaan Melalaikan – ‘Sanggup Berpanasan Melihat Perbarisan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Semalam, telah berlangsungnya sambutan Hari Merdeka ke-67 tahun yang diadakan di Dataran Putrajaya.

    Dapat dilihat, rata-rata rakyat di negara kita hadir ‘membanjiri’ Dataran Putrajaya bagi melihat sendiri perarakan Hari Kebangsaan yang disertai pelbagai kontinjen yang penuh dengan warna-warni serta jentera aset keselamatan negara.

    ‘Majoriti tak solat Subuh?’

    Sungguhpun begitu, keterujaan seakan terbantut apabila seorang lelaki yang mendakwa dirinya ustaz tampil membangkitkan rasa terkilannya terhadap segelintir rakyat yang sudah bergasak ke Dataran Putrajaya seawal jam empat pagi.

    Menerusi coretan yang dimuat naik di Facebook, lelaki berkenaan mendakwa rata-rata hadirin yang hadir sanggup untuk bangun awal pagi namun tidak menunaikan solat subuh.

    Kesian, sanggup datang berhimpun pukul 4 pagi (mungkin kalau rumahnya jauh perlu bertolak pukul 2 atau 3 pagi).

    Waktu sebegini kita sepatutnya luangkan masa bertemu Tuhan melalui ibadah tahajud yang pasti diangkat darjat setinggi-tingginya.

    Namun sebaliknya pula apabila masa berharga ini digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat. Malah perhimpunan ini membuatkan majoriti umat Islam tidak mengerjakan solat Subuh, Subhanallah.

    Apabila program yang ditunggu-tunggu ini menyebabkan seseorang itu meninggalkan hak Allah (solat Subuh), maka inilah yang disebutkan dalam al-Quran sebagai Thaghut (amalan menyesatkan manusia daripada ajaran Islam).

    Bukan itu sahaja, lelaki berkenaan juga menganggap sambutan Hari Kebangsaan boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang melalaikan.

    Beribu alasan untuk membawa keluarga ke majlis ilmu, tapi boleh pula beri komitmen untuk bawa keluarga berlibur.

    Sanggup berpanasan untuk melihat perbarisan, alangkah baiknya jika waktu itu digunakan bagi melakukan solat Dhuha.

    Netizen tak setuju

     

    Walau bagaimanapun, coretan dibuat lelaki tersebut tidak dipersetujui rata-rata netizen yang ternyata kecewa dengan persepsi buruk yang diberikan.

    ALSO READ:  Peringatan dari Ika Nabella: Hindari Dirimu daripada Suami Orang, Ramai Lelaki Bujang di Luar Sana

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menjelaskan terdapat kemudahan yang disediakan seperti surau yang membolehkan hadirin yang hadir untuk menunaikan solat Subuh.

    Tambah netizen lagi, tindakannya yang mengingatkan orang ramai tentang kepentingan mengerjakan solat adalah murni namun cara yang digunakannya itu tidak sesuai.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts