Tragedi ‘sinkhole’ yang berlaku di masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini menjentik hati seorang lelaki India untuk memeluk Islam.
Terima hidayah peluk islam
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook, lelaki beragama Hindu yang dikenali sebagai Kalidass atau nama islamnya Haridath, 48, merupakan individu yang terselamat dari terjatuh dalam tanah jerlus, pada 23 Ogos lalu.
Kalau kita tengok balik video tu, bila dia (wanita dari India) terjatuh, ada seorang lelaki di belakangnya. Dia terduduk, kakinya terlunjur ke dalam lubang. Dia serta merta bangun berdiri melarikan diri dari lubang itu. Haridath adalah pemuda di dalam video tu, yang terselamat dari ditelan tanah jerlus itu.
Sebaik sahaja dia terselamat, dia terus membuat keputusan hendak masuk Islam secepat mungkin. Dia benar-benar yakin dengan adanya Allah SWT dan Allah SWT telah menyelamatkan dia dari ditelan bumi.
Memetik laporan Harian Metro, Presiden ABIM iaitu Ahmad Fahmi Mohd Samsudin memaklumkan bahawa Haridath hadir secara sukarela dengan ditemani dua kenalannya untuk menjadi saksi pengislamannya yang berlangsung di IOA Centre, Masjid Negara kira-kira 11 pagi, Isnin lalu.
Daripada maklumat diterima, lelaki itu memberitahu pegawai kami, dia sudah lama menyimpan hasrat memeluk Islam kerana sentiasa mengingati pesanan seorang imam yang ditemuinya semasa kecil iaitu jangan makan makanan haram dan tidak bersih serta jangan bercakap buruk tentang agama Islam.
Namun, menurutnya tanah jerlus di Masjid India menjadi ‘wake up call‘ (penyedaran) untuk dia memeluk Islam kerana dia percaya ada hikmahnya, menyebabkan baru kami sedar rupanya dia salah seorang individu yang berada di lokasi kejadian itu.
Sekadar info, insiden tanah jerlus itu telah menyebabkan seorang wanita dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, dari Kuppam, Andhra Pradesh, India hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter dengan operasi SAR memasuki hari ketujuh hari ini.