Baru-baru ini, tular satu kejadian di mana seorang lelaki dengan selambanya membuang air kecil di tempat wuduk di Masjid Agung Palembang, Indonesia.
Buang air kecil tempat wuduk
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Tribunnews, tindakan jijik lelaki tersebut yang dikenali sebagai Alhikmad hanya terbongkar selepas dilihat oleh seorang wanita, Erna yang kebetulan berada di kawasan masjid berkenaan.
Erna mendakwa melihat lelaki terbabit sedang membuang air kecil sambil bermain dengan kemaluannya sendiri di tempat wuduk tersebut.
Ketika itu, saya sedang duduk di tangga, masa tu saya tengok pelaku hendak menuju ke tandas, tapi sebaliknya apabila dia membuang air kecil di tempat wudhu.
Erna yang terkejut melihat aksi tersebut terus menjerit sebelum akhirnya didatangi oleh pengawal keselamatan yang bertugas di masjid berkenaan.
Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat dan suspek ditahan untuk tindakan lanjut.