Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLelaki Mati Selepas Bekerja Selama 104 Hari, Hanya Cuti Rehat Sehari..Majikan Diarah...

    Lelaki Mati Selepas Bekerja Selama 104 Hari, Hanya Cuti Rehat Sehari..Majikan Diarah Bayar Pampasan RM244k

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Sekadar gambar hiasan

    Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia akibat kegagalan organ, berikutan bekerja 104 hari dengan hanya diberikan cuti rehat selama satu hari.

    Meninggal dunia kerana kerja lebih masa

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan South Morning China Post (SMCP), mangsa yang dikenali sebagai A’bao berusia 30 tahun itu mengalami kegagalan beberapa organ akibat jangkitan pneumokokal, yang sering dikaitkan dengan kelemahan sistem imun.

    Mangsa dikatakan terikat dengan kontrak sebagai pelukis di sebuah syarikat di China dan sepanjang bekerja sejak Februari hingga Mei tahun lalu, mangsa hanya bercuti satu hari sahaja iaitu pada 6 April 2023.

    Kemudian, pada 25 Mei tahun lalu, mangsa mengambil cuti sakit sebelum dia dikejarkan ke hospital beberapa hari kemudian kerana masalah kesihatan. Mangsa yang didiagnosis dengan jangkitan paru-paru dan kegagalan pernafasan disahkan meninggal dunia pada 1 Jun 2023.

    Susulan daripada kematian tersebut, keluarga mangsa telah memfailkan saman atas kecuaian majikan. Hasil siasatan, mahkamah mengarahkan syarikat terbabit t membayar pampasan 400,000 yuan (kira-kira RM244,412) kepada keluarga pekerja terbabit.

    Difahamkan, syarikat terbabit telah melanggar Undang-Undang Buruh China yang mewajibkan tempoh maksimum bekerja dalam sehari adalah lapan jam, dan puratanya, 44 jam seminggu.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts