Sekadar gambar hiasan
Gara-gara mahu melarikan diri daripada pihak polis, seorang lelaki sanggup bersembunyi di kandang babi selama tiga hari.
Bagi duit sebagai ‘upah’
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Kompas.com, lelaki Indonesia yang berusia 35 tahun itu didakwa telah menyetubuhi anak tirinya, 11, sebanyak beberapa kali.
Suspek juga mengugut mangsa agar mengunci mulut dan menyimpan rahsia daripada pengetahuan ahli keluarga yang lain. Bukan itu sahaja, suspek didakwa menggunakan taktik memberikan wang berjumlah RM15 hingga RM30 kepada kanak-kanak itu sebagai ‘bayaran’ untuk melakukan persetubuhan.
Namun segala-galanya terbongkar dan ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan polis. Apabila mengetahui dirinya dicari oleh pihak polis, suspek bertindak melarikan diri dan bersembunyi di kandang babi selama tiga hari.
Suspek akhirnya berjaya ditahan dan jika sabit kesalahan, suspek bakal dihukum penjara selama 15 tahun.