Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLelaki Mengaku Makan Daging Kawan Baik Selama 2 Hari, Kantoi Lepas Buang...

    Lelaki Mengaku Makan Daging Kawan Baik Selama 2 Hari, Kantoi Lepas Buang Mayat Di Taman – ’32 Tahun Tunggu, Itu Adalah Momen Bersejarah Aku’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang lelaki yang berasal dari Jepun iaitu Issei Sagawa pernah mendapat liputan media seluruh dunia selepas membunuh dan memakan daging rakan baiknya sendiri.

    Suka tengok cerita genre kanibalisme

    Issei Sagawa dilahirkan pada 26 April 1949 di Kobe, Jepun. dikenali sebagai seorang yang bijak tetapi memiliki tubuh yang kecil dan lemah. Sejak kecil, Sagawa telah mempunyai keinginan kanibalistik selepas kerap menonton cerita bergenre kanibalisme. Bukan sahaja tergoda melihat paha rakan wanitanya tetapi lebih parah apabila dia turut membayangkan kelazatan tatkal menikmati bahagian anggota badan tersebut.

    Difahamkan, Sagawa pernah berjumpa pakar psikiatri untuk merawat ‘penyakitnya’ itu namun tidak berhasil malah keinginannya untuk merasai daging manusia semakin meningkat.

    Ketika berusia 24 tahun, dia mula mendekati wanita muda dengan niat tersembunyi dan sering menjemput mereka ke apartmennya. Pada suatu hati, dia pernah menyelinap masuk ke bilik seorang wanita namun niat jahatnya itu gagal selepas wanita tersebut terjaga dari tidur.

    Susulan daripada perbuatannya itu, Sagawa telah ditahan polis atas dakwaan cubaan merogol namun dibebaskan tidak lama kemudian selepas bapanya membayar ganti rugi kepada mangsa.

    Tertarik, obses dengan wanita cantik

    Sekitar tahun 1977 iaitu ketika berusia 28 tahun, Sagawa berpindah ke Paris untuk menyambung pelajaran dalam bidang kesusasteraan di Universiti Sorbonne.

    Namun siapa sangka, pada tahun 1981 segala-galanya bermula. Renee Hartevelt iaitu seorang pelajar wanita dari Belanda telah menjadi mangsa Sagawa.

    Renee yang berusia 25 tahun merupakan rakan baik Sagawa dan mereka sering bertemu dan meluangkan masa bersama-sama. Pada suatu hari iaitu tanggal 11 Jun 1981, ketika Renee berada di apartmen suspek untuk belajar bersama-sama, Sagawa telah menembak leher Renee menggunakan senapang kecil. Selepas melihat Renee sudah tidak bernyawa, Sagawa bertindak merogol mayat mangsa.

    Aku sempat berasa menyesal dan terfikir untuk menghubungi ambulans tapi aku terfikir lagi, ‘Jangan bodoh, Kau telah impikan hal ini selama 32 tahun dan sekatang ini benar-benar terjadi.’

    Menurut Sagawa, disebabkan giginya tidak cukup tajam untuk menggigit daging mangsa, dia telah membeli pisau daging dan memotong mayat mangsa kepada beberapa bahagian.

    ALSO READ:  Pierre Andre ‘Hilang’ 10 Tahun Fokus Pada Perniagaan, Sukar Berjauhan Dengan Anak-Anak

    Sagawa telah memakan daging mangsa selama dua hari termasuk menikmati bahagian payu dara, muka, punggung, kaki, paha, dan lehernya dengan cara mentah dan dimasak.

    ‘Itu benar-benar momen bersejarah bagi aku’

    Dia malah mengakui bahawa dia menelan klitoris mangsa walaupun dia tidak menyukainya bau darah kerana ketika itu Renee sedang dalam haid.

    Pertama kali aku buat adalah potong bahagian punggungnya, Tak kisah seberapa dalam aku potong, yang aku lihat hanyalah lemak di bawah kulitnya. Kelihatan seperti jagung dan hanya perlukan beberapa saat untuk dapat daging merahnya.

    Ketika aku melihat dagingnya, aku terus tarik dengan jari-jariku dan makan. Itu benar-benar momen bersejarah bagiku.

    Sagawa kemudian mengaku telah menyimpan beberapa bahagian tubuh Renee di dalam peti sejuknya sebelum lebihannya dimasukkan ke dalam beg pakaian dan membuangnya di sebuah taman awam. Namun tindakannya itu yang membawa beg besar telah mencetuskan kecurigaan orang ramai sehingga akhirnya terbongkar selepas pihak polis menemui bahagian tubuh manusia di dalamnya.

    Meninggal dunia pada usia 73 tahun

    Mahkamah Perancis mengesahkan Sagawa tidak siuman secara undang-undang dan memutuskan dia harus dihantar ke hospital mental. Pada tahun 1984, Sagawa dihantar pulang ke Jepun. Namun, pihak berkuasa Jepun tidak dapat mendakwanya kerana dokumen kes dari Perancis tidak diserahkan dan Sagawa telah dibebaskan.

    Selepas pembebasan, Sagawa menjadi tokoh kontroversi di Jepun. Dia menulis buku, tampil dalam wawancara, dan secara terbuka membincangkan pembunuhan yang dilakukannya tanpa menunjukkan rasa kesal. Ini menimbulkan kemarahan masyarakat kerana dia dilihat memanfaatkan jenayahnya untuk meraih populariti dan keuntungan kewangan.

    Pada 24 November 2022, Sagawa telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 73 tahun akibat komplikasi pneumonia.

    ALSO READ:  Kejayaan Madu Miera Liyana dalam Menang Kes Nusyuz, Memfokuskan Tuntutan Hadanah & Nafkah

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts