Foto: South China Morning Post
Misteri kehilangan seorang wanita sejak sedekad lalu akhirnya terjawab selepas mayat mangsa ditemui di kediamannya.
Jumpa mayat ibu dalam rumah
Foto: South China Morning Post
Memetik laporan South China Morning Post, mayat tersebut ditemui oleh tukang cuci profesional yang diupah untuk mengemas sebuah rumah di Jepun. Namun ketika sedang mengemas salah satu bilik yang digelar ‘bilik sampah’, tukang cuci berkenaan melihat tulang manusia.
Pada awalnya, kelapan-lapan tukang cuci itu menyangka ianya adalah model rangka manusia namun selepas memaklumkan kepada pemilik rumah, rupa-rupanya itu adalah rangka milik ibunya. Susulan daripada itu, satu laporan polis telah dibuat.
Menurut lelaki itu (pemilik rumah), sebelum ini ibunya sering keluar meninggal rumah selama beberapa hari tanpa pengetahuan dan disebabkan itu ahli keluarga tidak tahu keberadaannya.
Mungkin sebelum ini ibu saya ada balik rumah selepas beberapa hari keluar dan masa itu tak ada ahli keluarga yang menyedarinya.
Oleh kerana rumah itu dipenuhi dengan sampah yang berbau busuk, tiada siapa yang menyedari bau yang luar biasa.
Sebelum ini, rumah tersebut didiami oleh mereka sekeluarga tetapi selepas ‘kehilangan’ ibunya sejak 10 tahun lalu, lelaki itu tinggal bersendirian.
Namun selepas mendapat pekerjaan baharu dan ingin berpindah, lelaki itu telah mengupah syarikat pembersihan profesional untuk membersihkan kediamannya itu sebelum mayat ibunya itu ditemui di bawah selimut.