Sekadar gambar hiasan
Baru-baru ini, seorang ibu membuat pendedahan mengejutkan apabila mendakwa anaknya yang baru berusia dua tahun menjadi mangsa serangan seksual oleh pemilik rumah sewanya.
Mangsa serangan seksual
View this post on Instagram
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, ibu mangsa mendakwa dia hanya mengetahui insiden tersebut selepas anak kecilnya itu mengadu sakit pada bahagian kemaluan ketika membuang air kecil sejak September lalu. Namun sekitar 2 Oktober 2024, si ibu melihat bahagian lelangit mulut anaknya kemerahan dan terdapat kesan melecet pada bahagian bibirnya.
Susulan daripada itu, dia membawa mangsa ke hospital di Kalimantan Timur, Indonesia untuk pemeriksaan. Tetapi apa yang mengejutkan pegawai perubatan mengesahkan terdapat cecair lendiran seperti keputihan dan berbau hamis pada alat kelamin mangsa. Bukan itu sahaja, terdapat kesan luka dan koyak pada empat bahagian vagina sekaligus membuktikan terdapat tindakan kekerasan berulang terhadap mangsa.
Bagaimanapun, ibu mangsa mendakwa keluarga tertuduh menafikan dakwaan itu dan mereka mengugut mahu mengambil tindakan terhadapnya atas tuduhan tersebut.
Saya hanya pendatang dan bergantung dengan gaji suami yang bekerja kontrak. Kenapa saya syak pelaku sebab saya percaya pengakuan anak sendiri.
Meskipun terima ugutan, ibu mangsa masih nekad mahu menegakkan keadilan buat anaknya dan berharap pelaku mendapat hukuman yang setimpal atas perbuatannya.