Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLeona Dedah Belum Terima Permohonan Maaf, Dakwa Ex BFF Tidak Mahu Berbaik...

    Leona Dedah Belum Terima Permohonan Maaf, Dakwa Ex BFF Tidak Mahu Berbaik – ‘Saya Call, Text Dia Tak Jawab’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Terdahulu, hangat diperkatakan tentang kontroversi kawan baik kepada anak pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona ‘sailang’ bekas teman lelakinya.

    Artikel berkaitan: Leona Trauma Kawan Baik Bercinta Dengan Ex Boyfriend, Netizen ‘Serang’ Pelakon Baharu, Cupcake Aisyah?

    Artikel berkaitan: Cupcake Aisyah Nafi Jalin Hubungan Dengan Bekas Teman Lelaki Leona

    Masih tiada permohonan maaf

    Menerusi temu bual bersama Motif Trending di Youtube, Leona mendedahkan bekas kawan baiknya itu masih tidak membuat permohonan maaf secara peribadi kepadanya.

    Hubungan saya dengan bekas kekasih kami tidak lagi berkawan tapi kami okay.

    Cuma untuk pihak yang lagi satu itu, dia tidak pernah minta maaf kepada saya dan saya juga tidak mahu dia di dalam hidup saya.

    Ketika situasi ini berlaku, dia tidak cuba nak mesej saya pun sedangkan semua ada nombor telefon saya, boleh sahaja hubungi saya tapi mereka tak buat pun.

    Saya rasa agak annoying sebab dia boleh pergi ke orang lain untuk bercakap tentang perkara ini tetapi tidak cuba nak hubungi saya, saya tak pernah sekat (block) dia pun.

    Dalam pada itu, gadis berusia 22 tahun ini akui terkilan apabila usaha untuk berbaik dengan bekas kawan baiknya itu tidak disambut baik.

    Sebenarnya saya post tentang isu itu selepas setahun perkara itu berlaku sebab saya sangat sedih.

    Saya bukan sedih tentang apa yang sudah berlaku tetapi lebih kepada saya cuba maafkan dia pada awalnya, tapi dia sangat unapologetic. Mungkin itu bukan niat dia tetapi itu apa yang saya rasa.

    Saya cuba nak berbaik dan saya pun dah okay pada awalnya cuma dia yang mengelak dari saya, dia tak nak kerja dan shoot kalau saya dekat sana.

    Ada kenalan kami beritahu dia takut untuk bercakap dengan saya tapi saya cuba text dia, call dia tapi dia tak nak jawab.

    ‘Kalau terasa, awak lah tu’

    Mengulas tentang video yang tular tersebut, ia merupakan trend di TikTok dan dia bagaimanapun tidak mahu mendedahkan kawan baik yang dimaksudkan itu.

    Ketika itu 7 pagi, setahun selepas kejadian saya ada nampak TikTok trend dan saya rasa video buat itu harmless, dan saya tidak petik nama sesiapa pun.

    Bila saya bangun, saya tengok video tersebut dan viral dan cecah berjuta tontonan. Tapi sampai sekarang saya tak mendedahkan siapa yang saya maksudkan siapa kawan baik di dalam video itu.

    Dan saya masih tak mahu dedahkan siapakah yang dimaksudkan. Kalau awak terasa, awak lah tu.

    ALSO READ:  Faye Kusairi Serik Kena Fitnah, Nafi Rumah Tangga Sedang Bermasalah – ‘Dah Berusia Ni Kurang Minat Nak Kongsi’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts