Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLeona Simpan Hasrat Nak Jadi Ibu Sepenuh Masa, Bakal Tinggalkan Dunia ‘Influencer’...

    Leona Simpan Hasrat Nak Jadi Ibu Sepenuh Masa, Bakal Tinggalkan Dunia ‘Influencer’ – ‘Saya Mengidolakan Ibu Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pempengaruh media sosial, Kasih Iris Leona berhasrat untuk menjadi seorang suri rumah tangga dan ibu sepenuh masa.

    Artikel berkaitan: Leona Nak Kahwin Tahun Depan, Pilih Calon Suami Lebih Matang – ‘Gigi Teratur, Muka Tak Kacak Sangat’

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Leona & Gabriel Prince Direstui Netizen, Tayang Momen Mesra Pegang Tangan – ‘Dah Official Ke?’

    Jadi ibu sepenuh masa

    Menerusi temu bual di podcast Usanita, Leona berkata, dia juga bakal meninggalkan dunia sebagai pempengaruh dan memberi sepenuh fokus kepada rumah tangganya.

    Saya hanya nak menjadi seorang ibu. Mungkin tidak lagi seorang ‘influencer’. Saya nak jadi ibu seperti ibu saya.

    Menurutnya, dia ingin menjadi seorang ibu yang sentiasa ada buat anaknya.

    Bila pergi keluar, bapa saya selalu sibuk dengan penggambaran tetapi ibu saya selalu ada. Bukan bapa saya tak ada, tapi dia terpaksa bekerja. Saya sangat mengidolakan ibu saya dalam hal tersebut.

    Dalam pada itu, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini juga mendedahkan telah memberitahu ibu bapanya tentang hasratnya untuk berkahwin selepas tamat pengajian.

    Bagaimanapun, dia masih belum mempunyai calon untuk merealisasikan impian berkenaan.

    Sejujurnya saya ada beritahu ibu bapa saya selepas habis belajar di universiti, saya nak kahwin.

    Saya akan habis pengajian tahun hadapan tetapi saya masih belum ada sesiapa untuk berkahwin.

    Tapi saya selalu berfikir saya dah bersedia nak jadi seorang isteri dan ibu. Saya tak kisah kahwin pada usia muda.

    Terdahulu, Leona mengakui sukar untuk menemui pasangan hidup yang sesuai kerana dia meletakkan ‘standard’ yang tinggi namun tidak mementingkan rupa paras seseorang itu.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Bell Ngasri Pesan Terus ‘Call’, Minta Jangan Percaya Kiriman Mesej – ‘Pastikan Orang Sebenar Atau Tidak’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts