Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, December 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLepak KL Lah! Ini Destinasi Terbaik Untuk Dilawati

    Lepak KL Lah! Ini Destinasi Terbaik Untuk Dilawati

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Program Lepak KL Lah ini juga bertujuan untuk menyokong industri pelancongan tempatan dengan menonjolkan kepelbagaian produk dan ideal untuk merasai tradisi dan kemodenan, sekaligus mengukuhkan lagi status Kuala Lumpur sebagai sebuah bandar bertaraf dunia yang penuh dengan peluang dan pengalaman yang berharga.

    KLCG Confectionery & Bakery

    Bermula dengan kedai roti kecil yang comel di Taman Midah, Kuala Lumpur, kemudian dinamakan sebagai KLCG Bakery, inisial dari ‘Kuala Lumpur City Gallery.

    Anda dapat menikmati setiap roti, pastri, bagutte, croissant, kek yang segar setiap hari yang disediakan oleh pasukan yang hebat dengan menggunakan bahan yang berkualiti tinggi dan dibakar dengan penuh kasih sayang.

    SuperPark

    SuperPark, taman aktiviti tertutup yang paling mesra, memberikan pengalaman unik permainan yang mengujakan tanpa mengira umur atau tahap kecergasan pengunjung.

    Taman aktiviti yang berasal dari Finland pada 2012, SuperPark Malaysia membawakan permainan kepada rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat selain menawarkan lebih 20 aktiviti seperti Flying, Fox, Pedal Car Track, Sliding Mountains, Tube Slide, Ninja Track, Superball, Baseball, Hot Stepper, dan banyak lagi kepada semua lapisan masyarakat di bawah satu bumbung di Pusat Beli Belah Avenue K, Kuala Lumpur.

    Aquaria KLCC

    Berkeluasan 60,000 kaki persegi di dalam dua tingkat dengan terowong bawah air sedalam 90 meter (300 kaki), Aquaria KLCC yang menempatkan lebih dari 250 spesis berbeza dan lebih 5,000 haiwan darat dan akuatik dari dan seluruh dunia pasti memberikan pengalaman yang berbeza buat anda ketika melancong sekitar Kuala Lumpur.

    Aquaria KLCC adalah berdasarkan perjalanan air dari darat ke laut. Perjalanan bermula di tanah tinggi yang berkabus, menyusuri sungai, melalui hutan hujan dan bakau ke terumbu karang ke laut biru yang dalam. Aquaria ini turut mennyediakan kiosk maklumat interaktif mengenai pemuliharaan ikan dan juga penyu.

    ALSO READ:  Hidupkan Tanah Sawah Terbiar & Tingkat Hasil, Ini Pelan Besar Belanjawan 2025 Untuk Bekalan Beras Lebih Stabil!

    Magical Kampung Baru

    Mencari keindahan kampung di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur? Kampung Baru adalah jawapannya! Anda dapat merasai pengalaman meneroka kawasan kampung, di mana tradisi lama yang masih hidup dikeliling bangunan pencakar langit.

    Hos tempatan yang mesra, iaitu Encik Fuad Fahmy akan membawa anda berjalan sekitar kampung selain meneroka dan menikmati snek di rumah tradisional dan pelbagai juadah tempatan sepanjang perjalanan.

    School of Hard Knocks

    Bengkel School of Hard Knocks di Royal Selangor merupakah salah satu tarikan pelancong yang terdapat di Kuala Lumpur. Pengunjung boleh merasai pengaman unik untuk menghasilkan bekas piuter sendiri. Malah selepas bengkel tamat, anda boleh membawa pulang hasil piuter, apron istimewa, serta sijil pencapaian!.

    Berjaya Times Square Themepark

    Taman Tema Berjaya Times Square ini telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records sebagai Taman Tema Dalaman Terbesar di Malaysia. Taman tema indoor yang berkeluasan 133,000 kaki persegi, menawarkan 2 seksyen yang menarik iaitu Galaxy Station untuk pencari keseronokan dan Fantasy Garden buat golongan muda.

    Taman Botani Putrajaya

    Taman yang berkeluasan 92 hektar merupakan salah satu Taman Botani yang terbesar di Malaysia. Taman Botani yang digelar ‘mother of all gardens’ ini menghimpunkan lebih dari 750 spesies tumbuhan dari 13 koleksi tema tumbuhan yang berasal dari benua-benua yang berbeza. Taman Botani juga popular sebagai destinasi pilihan ramai untuk berjoging, berbasikal, dan berkelah.

    Jangan lepaskan peluang untuk melawati pelbagai tempat menarik di Kuala Lumpur. Lepak KL lah!!.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts