Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLepas ‘Buat’ Anak Kesihatan Harus Dijaga, Awie Akui Timang Anak Di Usia...

    Lepas ‘Buat’ Anak Kesihatan Harus Dijaga, Awie Akui Timang Anak Di Usia Tua Merupakan Satu Cabaran

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Ada yang berpendapat memiliki anak selepas umur 40 tahun agak membimbangkan daripada segi kesihatan dan kehidupan masa depan.

    Secara asasnya, ada yang menganggap apabila mengasuh anak pada usia semakin lanjut ia memenatkan.

    Apatah lagi mahu melihat anak itu besar kelak, sedangkan pada usia itu kita sudah boleh berehat daripada melayan anak kecil. Apa pun, tanggapannya, ia bergantung pada empunya diri bagaimana menerima situasi tersebut.

    Datuk Awie, 55, yang bakal menimang anak ketujuh menganggap dikurniakan anak pada usia lanjut satu cabaran buatnya agar kekal menjaga kesihatan.

    Awie yang juga penyanyi Wings berkata, tidak patut baginya atau sesiapa saja yang seusianya akan mendapat anak tetapi selepas itu jatuh sakit.

    “Kasihanlah pada isteri dan anak-anak. Ini saya fikir-fikir, Allah bagi saya cabaran ini untuk saya jaga kesihatan elok-elok supaya dapat membesarkan anak-anak dengan sihat dan baik. Kalau tidak macam aniaya isteri.

    “Orang ingat saya dapat cucu, rupa-rupanya dapat anak. Saya cuma reda. Lagipun ini isteri saya yang baru (ketiga). Dia pun baru ada seorang anak dan dia pun nak anak.

    Menurutnya dia meminta isterinya, Sharifah Ladyana, 36, berusaha merealisasikan impiannya ini.

    “Insya-Allah, doalah ini anak perempuan untuk dia. Kalau nak dikatakan anak-anak saya yang besar boleh bantu jaga pun tak juga kerana seorang dah di luar negara.

    “Seorang lagi nanti pun akan ke luar negara juga. Tinggallah saya dan anak-anak kecil. Dua lelaki dah duduk luar (asrama). Tinggallah saya dengan yang kecil. Lagi dua tinggal dengan ibunya.

    Awie berkata, seiring dengan pertambahan usia, dia kini lebih prihatin terhadap anak berbanding dulu.

    “Dulu muda lagi dan saya tak nampak. Kadang-kadang buat perkara bukan-bukan. Benda yang tak sepatutnya kita keluar pun kita keluar kononnya ada kerja, walhal tak perlu pun. Tapi sekarang kalau tak tengok anak, tak boleh.

    “Kadang-kadang berpisah tiga empat hari pun boleh meleleh air mata. Saya lebih fokus. Dulu keluar sebulan pergi penggambaran boleh buat bodoh saja. Macam tiada anak. Itu beza umur,” katanya.

    Memetik laporan berita online, Awie baru-baru ini teruja mengumumkan kehamilan isterinya. Dalam perkembangan berkaitan, Awie melahirkan kesyukuran kerana tiket Konsert Wings: The Rock Emperor, Kuala Lumpur Chapter yang bakal berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 16 Disember ini sudah dijual sebanyak 80 peratus.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts