Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datin Seri Nur Shahida tampil bersuara setelah bekas pembantunya yang dikenali sebagai Melati yang mendakwa dirinya tidak mempunyai sumber kewangan untuk mendapatkan peguam.
Pernah Berhubung Secara Peribadi Tetapi Tiada Respon
Datin Shahida menerusi hantaran di Instagram, menyatakan bahawa dia pernah berhubung secara peribadi dengan Melati namun tiada sebarang respon yang diberikan kepadanya.
“Sebelum ni ada je peguam masa bicara. Siap nak saman balas saya 1 juta tu, mana? Lepas dah kalah kes la tetiba peguam pun hilang.
Ini bukan isu tak ada pertimbangan ya, sebelum ni saya pernah WhatsApp peribadi kenapa buat macam ni. No respon.”-tulis Shahida di Instagram
“Sebelum Bicara Pun Masih Lagi Sibuk Nak Posting Buruk Pasal Saya…”
Tambahnya lagi, dia turut mempersoalkan bekas pembantunya itu yang ‘acah teraniaya’ sedangkan masih mempunyai masa untuk membuat hantaran buruk mengenainya pada sehari sebelum perbicaraan mahkamah.
“Masa dah dapat keputusan mahkamah kalah kes pun mahkamah suruh mohon maaf pun dia tak buat. Lepas tindakan penjara kenapa baru nak gelupur.
Pastu la acah-acah macam teraniaya. Sedangkan sebelum bicara pun masih lagi sibuk nak posting buruk pasal saya. Ni bukan kes mentang kaya ke apa. Sebab masa bicara kes dia ada lawyer tau dan lawyer dia pun bukan calang-calang.”
View this post on Instagram
Apa komen anda?