Hubungan antara anak pasangan selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim dengan suaminya Aslam, tidak dapat disembunyikan lagi.
Mereka menjadi tumpuan ramai semenjak bernikah di Songkhla, Thailand secara senyap-senyap.
Raya bersama
Terbaharu, Marissa memuat naik sekeping foto bersama Aslam menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
Di ruangan kapsyen gambar tersebut, Marissa hanya meletakkan emoji hati berwarna putih.
Tinjauan di IG Story pula mendapati, Aslam dilihat mengunjungi keluarga besar Marissa untuk meraikan Aidilfitri bersama.
Sebelum ini, Marissa yang juga seorang model itu pernah memuat naik gambar bersama madunya Umisya Mazlan. Namun hantaran tersebut telah mendapat reaksi yang kurang senang.
Sekitar awal Syawal lalu, kelibat Aslam dilihat diperkarangan rumah Abby dan mereka juga turut bersalam-salaman.
Terdahulu, Abby mengesahkan bahawa Marissa dan Aslam telah bernikah di Thailand seperti mana dakwaan yang tular sebelum ini.
Bagaimanapun, dia menggesa puterinya itu untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut di Malaysia.
Sebelum ini, Marissa dan Aslam juga didakwa berkahwin tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama Aslam.
Keluarga Abby dan Norman kemudian menerima pelbagai kecaman daripada wargamaya selepas timbulnya kontroversi melibatkan anak mereka yang didakwa menjadi punca kepada keretakan sebuah perkahwinan.