Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 18, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLiam Payne Didakwa Bergelut Dengan Kesihatan Mental & Ketagih Alko*ol Sebelum Maut

    Liam Payne Didakwa Bergelut Dengan Kesihatan Mental & Ketagih Alko*ol Sebelum Maut

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Semalam, dunia hiburan dikejutkan dengan berita kematian bekas ahli kumpulan boyband One Direction iaitu Liam Payne.

    Masalah kesihatan mental?

    Terbaru, menerusi laporan People, Payne dipercayai bergelut dengan masalah kesihatan mental dan ketagih alkohol. Sebelum ini, Payne dipercayai pernah bersuara mengenai penyakit tersebut dan ketagihan yang dialaminya.

    Ia sukar apabila anda mempunyai tahap kemasyhuran seperti One Direction. Ramai orang hadapi masalah kesihatan mental, tetapi tidak mendapat bantuan sewajarnya. Ia perkara sama berlaku sejak 1970-an. Jika bernasib baik, dapatlah keluar perangkap dan kembali kepada rasa normal.

    Menerusi episod 2021, podcast The Diary of a CEO, Payne memberitahu, dia pernah terfikir mahu menamatkan riwayat hidup ketika bersama One Direction.

    Di manakah titik terendah untuk saya? Tiada siapa pernah melihatnya kerana saya pandai menyembunyikannya. Ada beberapa perkara yang saya pasti tidak pernah bercakap mengenainya, ia benar-benar sangat teruk. Saya sedar perlu memperbaiki diri.

    Pada Julai 2023, Payne dilaporkan menghabiskan hampir 100 hari di rehab pemulihan di Louisiana.

    Saya hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri. Ini kerana saya sudah menjadi seseorang yang tidak saya kenali lagi. Saya berada dalam keadaan buruk. Saya benar-benar gembira untuk meletakkan penghalang kepada kehidupan dan kerja.

    Terdahulu, Liam ditemui tidak bernyawa selepas terjatuh dari tingkap tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, Argentina.

    Polis Buenos Aires memaklumkan, sepasukan polis dari Balai Polis 14B bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki yang bertindak agresif dan dan dipercayai berada di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  ‘Anugerahmu’ Single Baharu Min Yasmin, Dicipta Khas Buat Anak Selepas 10 Tahun Menunggu
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,218FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts