Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, December 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLima Jenazah Terpaksa Dikebumikan Semula Akibat Hakisan Pantai – ‘Penduduk Nampak Serpihan...

    Lima Jenazah Terpaksa Dikebumikan Semula Akibat Hakisan Pantai – ‘Penduduk Nampak Serpihan Kain Kafan, Tulang & Batu Nisan’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Kawasan Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras sudah lama diancam akibat daripada masalah hakisan terutama ketika musim tengkujuh.

    Dikebumikan semula

    Sekadar gambar hiasan

    Memetik laporan Bernama, sebanyak lima jenazah termasuk tiga yang masih berkain kafan terpaksa dikebumikan semula selepas dihanyutkan ombak pada Sabtu.

    Ujar JPKK, penduduk kampung mula menyedari apabila terlihat serpihan kain kafan, tulang dan batu nisan.

    Kejadian disedari penduduk kampung yang datang kira-kira 9 pagi tadi. Selain jenazah, ada serpihan kain kafan, tulang, batu nisan dan kepuk yang jatuh ke dalam air laut.

    Penduduk berjaya bawak naik jenazah, kepuk dan kutip sebahagian kain kafan, yang lain mungkin telah dihanyutkan ombak ke tengah laut.

    Waris yang terlibat juga telah dihubungi untuk menguruskan beberapan urusan seperti pemindahan jenazah.

    200 kubur

    Menurut Mohd Isshamuddin, kira-kira 200 kubur perlu dipindahkan segera kerana masalah hakisan yang semakin teruk.

    Ujarnya lagi, benteng yang dibina lima tahun lepas sudah tidak mampu untuk menahan ombak yang besar.

    Kebanyakan kubur di sini adalah kubur lama, lebih 70 tahun.

    Tetapi jika musim hujan jenazah penduduk kampung akan tetap dikebumikan di sini kerana tapak baharu digenangi air.

    Manakala, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata terdapat lapan kubur lagi akan dialihkan dalam masa terdekat bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

    Dalam pada itu, seorang waris terkejut apabila melihat keadaan kain kafan ibunya masih elok dan utuh terikat.

    Tidak sangka walaupun sudah 12 tahun meninggal dunia, tetapi kain kafan arwah masih elok.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts