Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, October 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLima Lelaki Disyaki R*gol Pelajar Secara Bergilir-Gilir Dalam Asrama

    Lima Lelaki Disyaki R*gol Pelajar Secara Bergilir-Gilir Dalam Asrama

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Di Batu Gajah, Perak, lima orang lelaki ditahan polis selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur secara bergilir-gilir di sebuah asrama.

    R*gol bergilir-gilir

    Menurut Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat, perkara itu berjaya dirungkai berikutan laporan polis dibuat ibu mangsa apabila anak perempuannya berusia 15 tahun itu tidak pulang ke rumah selepas sesi persekolahan jam 1.30 tengah hari, hari sama.

    Difahamkan, mangsa pada mulanya berjumpa teman lelaki dan berkeliaran di sekitar Batu Gajah. Dia kemudian berkenalan dengan lelaki baharu dikenali yang kemudiannya mengajak mangsa pergi ke sebuah asrama di situ.

    Mangsa keluar makan bersama dengan kenalan baharu yang kemudian mengajaknya ke sebuah asrama yang turut dihuni lima lelaki lain. Mangsa ditawarkan ke sebuah bilik kosong untuk tidur dan berehat sebelum lima lelaki berkenaan masuk ke dalam bilik itu dan merogol mangsa secara bergilir-gilir.

    Tambah Zulkafli, mangsa dikesan keesokannya harinya di asrama terbabit dan dibawa ke IPD Batu Gajah untuk disoal siasat.

    Hasil soal siasat yang dijalankan mendapati mangsa dirogol oleh lima lelaki di dalam asrama berkenaan pada hari sama laporan polis dibuat oleh ibu mangsa (Isnin), kira-kira jam 10.22 malam.

    Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Batu Gajah dengan dipandu arah oleh mangsa, menahan lima lelaki berusia antara 18 hingga 27 tahun untuk siasatan lanjut.

    Hasil semakan rekod lampau mendapati dua daripada lima suspek itu, berusia 27 tahun masing-masing mempunyai satu rekod jenayah dan satu kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah.

    Setakat ini, permohonan reman ke atas kelima-lima suspek dibenarkan oleh majistret selama enam hari bermula 23 hingga 28 Oktober ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 375b Kanun Keseksaan iaitu kerana merogol secara berkumpulan.

    ALSO READ:  Greuther Furth vs Liverpool: Date, Time, Where to Watch, Live Stream

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,204FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts