Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Lindungi Malaysia, Sihat Bersama”- Jadi Hero Untuk Tersayang, Sertai MyPELINDUNG 2024 Bantu...

    “Lindungi Malaysia, Sihat Bersama”- Jadi Hero Untuk Tersayang, Sertai MyPELINDUNG 2024 Bantu Cegah Covid-19

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Seiring dengan perubahan norma kehidupan akibat pandemik COVID-19, usaha untuk melindungi diri dan masyarakat daripada virus ini masih signifikan dan perlu di ambil perhatian.

    Baru-baru ini, Persatuan Kawalan Jangkitan dan Penyakit Berjangkit Malaysia (MyICID), Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (MRC), dan Diabetes Malaysia (DM) dengan kerjasama Pfizer Malaysia, telah melancarkan kempen MyPELINDUNG.

    Dengan tema “Lindungi Malaysia, Sihat Bersama,” kempen ini bertujuan menekankan kepentingan vaksinasi terkini dan rawatan pantas sebagai langkah kritikal dalam memastikan keselamatan dan kesihatan seluruh rakyat Malaysia.

    Menariknya, kempen MyPELINDUNG tahun ini turut menampilkan beberapa personaliti tempatan terkenal yang dihormati, untuk mempromosikan kesedaran mengenai kesihatan dan keselamatan dalam kehidupan bersama COVID-19.

    Shaharudeen Bin Kamaludeen, Presiden MyICID, menegaskan bahawa COVID-19 akan kekal bersama kita seperti penyakit lain yang kini menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian.

    Bagi mereka yang berusia 60 tahun ke atas atau mempunyai komplikasi kesihatan sedia ada, risiko penyakit teruk akibat COVID-19 adalah lebih tinggi.

    Oleh itu, penting untuk mengambil tindakan segera jika diuji positif COVID-19. Dato Dr. Saunthari Somasundaram, Presiden NCSM, menekankan kepentingan rawatan awal untuk menguruskan penyakit dengan lebih berkesan dan memberi ketenangan kepada ahli keluarga.

    Kempen MyPELINDUNG mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk terus terlibat melalui platform digital seperti Facebook MyPELINDUNG, yang menyediakan maklumat penting mengenai hidup dengan COVID-19.

    Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif MyPELINDUNG, sila layari Facebook MyPELINDUNG ( Mari bersama-sama membina Malaysia yang lebih sihat dan selamat untuk semua.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts