Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, October 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLinkin Park Tribute Experience Tour Live In Malaysia Bakal Berlangsung September Ini

    Linkin Park Tribute Experience Tour Live In Malaysia Bakal Berlangsung September Ini

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    linkin parklinkin park

    Sebagai satu penghormatan kepada Chester Beninggton, Mediaberg Productions dengan bangganya mengumumkan sebuah konsert Celebrating Chester – Linkin Park Tribute Experience Tour Live In Malaysia yang bakal berlangsung pada 28 September 2024 di Jio Space, Petaling Jaya.

    Legasi Chester Bennington

    linkin parklinkin park

    Konsert ini bakal menampilkan kumpulan Nemophilis, iaitu sebuah band terkenal dengan persembahan mereka yang hampir sama dengan Linkin Park.

    Eksklusif di Malaysia, konsert ini menjanjikan Senarai Set Mega yang luar biasa dengan menampilkan 40 lagu Linkin Park yang paling hebat bakal dipersembahkan tanpa henti.

    Senarai set list tersebut adalah bukti keunikan kumpulan itu, yang merangkumi lagu hits dan popular mereka. Peminat boleh menjangkakan malam tersebut akan diisikan dengan penuh emosi dan bertenaga.

    Marathon 40 lagu ini merupakan pengalaman eksklusif yang tidak dapat ditemui dalam mana-mana konsert lain di seluruh dunia, menjadikannya acara yang benar-benar berlaku hanya sekali dalam seumur hidup.

    Bukan sekadar konsert biasa, Celebrating Chester – Linkin Park Tribute Experience Tour Live In Malaysia akan dilengkapkan dengan kesan khas visual dan elemen interaktif.

    Untuk makluman, Mediaberg Priority Sale menawarkan diskaun sebanyak 5% bagi pembelian tiket yang lebih awal.

    Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara bersejarah ini dengan mengikuti Mediaberg Productions di Instagram di www.instagram.com/mediaberg dan lawati laman web mereka di www.mediaberg.com.

    Celebrating Chester – Linkin Park The Tribute Experience Tour Live In Malaysia ialah peluang sekali dalam seumur hidup anda untuk menghidupkan semula keajaiban muzik Linkin Park dan menghormati legasi Chester Bennington.

     

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  LEGOLAND® Malaysia Cetus “Nostalgia Raya” Dengan Aktiviti Yang Best Untuk Si Cilik!



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,236FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts