Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLiza Abdullah Malas Nak Mulakan Perhubungan – ‘Pada Usia Begini Manalah Ada...

    Liza Abdullah Malas Nak Mulakan Perhubungan – ‘Pada Usia Begini Manalah Ada Orang Mahukan Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Liza Abdullah memberitahu dia masih single sekali gus menepis dakwaan dirinya sudah kembali berumah tangga, baru-baru ini.

    Bukan mudah pikul status ibu tunggal

    Menerusi laporan BH Online, Liza berkata, bukan mudah untuknya memikul status sebagai ibu tunggal. Oleh sebab itu, dia memilih untuk berdiam diri dan tidak menjawab sebarang spekulasi berhubung dakwaan yang timbul.

    Sebenarnya, saya belum berkahwin. Ada sebab kenapa saya pilih untuk kunci mulut. Bila situasi wanita bergelar isteri kedua sering dianggap jahat, jadi saya mengiyakan sudah berkahwin untuk elak ada wanita takut saya goda suami mereka.

    Pada usia begini manalah ada orang mahukan saya. Saya juga sebenarnya sudah malas nak mulakan perhubungan, penat nak kenal semula orang.

    Pada masa yang sama, Liza mengakui bahawa dia tidak berani untuk bercakap lebih kerana semuanya adalah ketentuan Allah.

    Saya tak boleh jangka kehidupan akan datang. Saya tak tahu mungkin terus hidup sendiri atau jumpa seseorang untuk dijadikan peneman hingga akhir hayat.

    Tapi, saya tak nak cakap lebih-lebih, lagipun saya masih sayangkan kerjaya sebagai pelakon. Jadi, sesiapa yang nak jadi pasangan saya kenalah terima pekerjaan saya.

    Disoal pula mengenai penerimaan anak-anak sekiranya dia berkahwin semula, ujar Liza, dia perlu mendapatkan keizinan daripada mereka semua. Ini kerana, bimbang keputusan berkahwin bakal merenggangkan hubungan di antara mereka.

    Saya tak tutup pintu hati, anak sulung mulanya dulu agak keberatan. Tapi bila sudah dewasa, dia pula suruh saya cari teman hidup.

    Anak ketiga dan keempat pula seperti enggan lepaskan saya. Saya sendiri bimbang jika ada suami hubungan kami jadi renggang kerana saya dan anak-anak sangat rapat.

    ALSO READ:  Ustaz Don Beri Pandangan Isu Orang Islam Sertai ‘Speed Dating’ – ‘Zaman Sekarang Susah Nak Cari Pasangan’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts