Penyanyi Liza Aziz tidak pernah terasa hati apabila kehadirannya dalam industri dikatakan kurang menyerlah.
Dulu pandang paras rupa
Foto kredit: Kosmo
Menerusi temu bual bersama , Liza berkata, dia tidak kisah sekiranya digelar penyanyi ‘underrated’. Tambah Liza, zaman dahulu peminat mungkin memandang paras rupa berbanding bakat yang ada pada seorang penyanyi. Sebagai seorang yang lahir dalam keluarga seni, Liza memberitahu, perkara tersebut tidak pernah mematahkan semangatnya untuk meneruskan kerjaya seni.
Saya tak menafikan peminat daru dulu memang pandang rupa paras penyanyi sebagai keutamaan. Bakat itu nombor dua, tetapi tidak mengapa saya dah hasilkan dua buah album. Walaupun kurang diterima peminat, saya bersyukur kerana masih lagi menyanyi.
Isu underated itu biasa, dulu peminat pun memandang rupa, bakat itu diketepikan. Bagi saya tak kisahlah gelaran underated atau tidak tetapi orang tetap kenal suara saya. Daripada lagu iklan, penyanyi latar, semua artis Malaysia saya pernah menjadi penyanyi latar. Pada saya tidak menjadi masalah.
Berbicara lebih lanjut, Liza mengakui bahawa pembabitannya dalam program Gegar Vaganza telah membuka mata netizen.
Bakat saya mula dihargai, lebih-lebih lagi di usia yang sebegini. Saya janji akan berusaha mengekalkan stamina bagi memberikan persembahan yang terbaik setiap minggu.
Di akhir temu bual, sempat bertanya kepada Liza mengenai cara dia mengekalkan stamina sepanjang penyertaan di program tersebut. Jelas Liza, di banyak melakukan aktiviti kecergasan seperti berjoging.
Bukan kerana untuk menjaga badan tetapi rutin itu bagi memastikan mendapat teknik pernafasan yang betul sewaktu menyanyi.