Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLKP & BraderWheelchair Dinobat Sebagai Pemenang Anugerah ‘Changemaker Of The Year’ TikTok...

    LKP & BraderWheelchair Dinobat Sebagai Pemenang Anugerah ‘Changemaker Of The Year’ TikTok Awards 2024

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bersiaran secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia (World Trade Centre) Kuala Lumpur , TikTok Awards Malaysia 2024 akhirnya telah melabuhkan tirainya pada malam Ahad.

    Anugerah berprestij itu mengangkat LoKohoPunoh Group (LKP) dan BraderWheelchair menerusi anugerah baharu, . Tahniah!

    LKP

    Bagi anugerah ‘Changemaker of the Year’ yang pertama, TikTok meraikan usaha LKP. Kumpulan yang ditubuhkan oleh Uzair Emir ini bermula dengan video membersihkan kawasan pantai di Pantai Batu Burok, Terengganu.

    Di samping itu, LKP kerap memuat naik konten sesi plogging dan kerja-kerja pembersihan di kebanyakan pantai yang menarik di Terengganu.

    Menurut Uzair, dia memilih TikTok selepas melihat kawannya berkongsi tentang konten membersihkan kawasan pantai. Tambah Uzair, dia percaya TikTok adalah platform terbaik untuk mencapai audiens yang lebih besar.

    TikTok menarik kerana ia mampu menyebarkan mesej dengan cepat dan meluas. Walaupun sibuk dengan NGO dan sebagai pelajar MBBS, Uzair terus belajar dan menggunakan TikTok untuk mempengaruhi lebih ramai orang.

    Tambahan, TikTok kini sangat popular. Sebagai NGO, saya berusaha untuk terus berkongsi video dan mendidik orang ramai. Maklum balas positif dan sokongan pengikut memotivasikan saya dan pasukan untuk terus berusaha.

    @lokohopunohgroup Demi Alam yang diamanahkan oleh Tuhan kepada kami, tak gentar kami untuk terus melangkah #TikTokCreatorCampMY #LKP #LoKohoPunoh #CleanTok #Environment #cleanup #Dirty #pandawara ? original sound – LKP

    Berbicara lebih lanjut, Uzair berkata, mereka menerima komen yang sangat positif sepanjang melakukan konten di TikTok.

    Orang ramai menyokong dan terinspirasi untuk menyertai atau memulakan inisiatif mereka sendiri. Kini, LKP mempunyai 100 ahli di seluruh Malaysia, ramai yang menyertai selepas melihat video mereka di TikTok.

    Kami berusaha membina komuniti yang menghargai alam sekitar dan mahu membuat perubahan.

    Berkongsi mengenai cabaran pula, Uzair memberitahu mereka bukan berasal daripada keluarga yang kaya.

    Saya terpaksa menggunakan wang biasiswa untuk membeli telefon berkualiti untuk melakukan konten. Sebagai pelajar perubatan, saya tidak tahu tentang videografi atau penyuntingan, jadi saya belajar secara dalam talian, yang merupakan cabaran besar.

    Mengimbangi pengajian, kerja hospital, penyuntingan video, dan penganjuran program pembersihan adalah sangat mencabar. Kadang-kadang saya mengorbankan masa belajar untuk membuat dan menyunting video serta mengurus NGO.

    Contohnya, walaupun esoknya adalah peperiksaan akhir, saya tetap mengatur program pembersihan LKP dan menyunting video kerana cintakan alam sekitar. Alhamdulillah, saya lulus dengan cemerlang.

    BraderWheelchair

    Selain LKP, BraderWheelchair juga merupakan pemenang Anugerah ‘Changemaker of the Year’. Pemilik nama Nur Izhar Idham ini merupakan salah seorang individu yang mempertahankan komuniti Orang Kelainan Upaya (OKU) dan meningkatkan kesedaran tentang kehidupan sebagai pengguna kerusi roda.

    ALSO READ:  ‘Jangan Biarkan Hari Berlalu Macam Tu Je, Pergi Jumpa & Peluk…Abaikan Bodyguard Tu Semua’ – Abby Abadi

    Lelaki berasal dari Perak ini memberitahu, pada mulanya dia melakukan konten di TikTok sekadar untuk berseronok dan berkongsi cara-cara menggunakan kerusi roda dalam kehidupan seharian.

    Saya kongsi video cara masuk kereta dan bangun selepas jatuh. Ramai pengikut suka perkongsian saya. Saya pilih TikTok sebab mudah mendapatkan perhatian di samping, memberi inspirasi kepada pengguna kerusi roda yang lain.

    Di awal permulaan saya buat video, saya tengok tidak ada seorang pun yang buat konten macam saya. Jadi saya ambil pendekatan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat menggunakan TikTok.

    Izhar yang berusia 38 tahun ini berjaya menunjukkan bahawa menggunakan kerusi roda bukanlah halangan, tetapi cara hidup yang berbeza.

    Disoal mengenai cabaran sebagai TikTokers, Izhar berkata, dia susah untuk mendapatkan pengikut di fasa awal kemunculan.

    Cabaran utama adalah mendapatkan pengikut. Saya ambil maklum balas negatif sebagai peluang untuk mendidik orang tentang OKU. Selepas itu, saya menerima banyak komen positif walaupun ada yang tidak bersetuju. Niat saya untuk terus berkongsi.

    Secara kesimpulannya, TikTok merai usaha BraderWheelchair dalam memperjuangkan komuniti OKU.

    Sekadar info, anugerah istimewa ini merupakan anugerah baharu yang diperkenalkan oleh TikTok. Melalui kategori ini, TikTok berhasrat untuk mengiktiraf pencipta yang berjaya memberikan impak besar dan melangkaui batasan yang positif melalui kandungan yang dicipta.

    Malam gemilang TikTok Awards direalisasikan melalui gandingan hebat Che Puan Sarimah Ibrahim dan Janna Nick sebagai hos utama.

    Pencipta konten TikTok, Ceddy Ang dan Ain Edruce menjadi pengacara di karpet merah manakala pencipta kandungan kategori Kecantikan dan Fesyen pada tahun lalu, iaitu Eima Safuan pula dipertanggungjawabkan sebagai pengacara belakang pentas bersama pelakon, Daniel Fong.

    ALSO READ:  #AJL38: Busana Aina Abdul Berkonsepkan ‘Tree of Life’, Menggamit Makna ‘Move On’ Dengan Halus

    Selain itu, persembahan memukau daripada Aina Abdul, Naim Daniel, Aisha Retno, Sarah Suhairi, Amir Jahari, dan ramai lagi telah memikat dan menghiburkan penonton sepanjang malam.

    TikTok Awards Malaysia 2024, ditayang secara eksklusif di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam atau secara langsung melalui Tonton.

    TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts