Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLola Enggan Membawa Lelaki Baru ke Rumah, Video Viral Konten Murni –...

    Lola Enggan Membawa Lelaki Baru ke Rumah, Video Viral Konten Murni – ‘Cari Saya di Padang Mahsyar’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    lolalola

    Wanita yang dikenali sebagai Lola tampil memberi penjelasan selepas video dia mengaku sudah dua kali mengikuti lelaki yang baru dikenali di kelab malam balik ke rumah mendapat kecaman teruk.

    Sekadar konten

    lola kelab malamlola kelab malam

    Menerusi hantaran di TikTok, Lola menyatakan video itu hanya sekadar konten untuk teknik pemasaran. Kata Lola, dia bekerja dengan syarikat itu dan lelaki yang bertanyakan soalan didakwa merupakan bos dalam syarikat tersebut.

    Saya terpaksa membuat video penjelasan ini sebab saya rasa macam dah terlalu melampau. Orang selalu tanya kenapa buat konten macam ini?

    Okay, saya sebenarnya bekerja dengan syarikat tersebut dan yang berdiri di sebelah saya dalam video tular itu adalah founder atau bos syarikat itu. Dan saya bekerja dengan syarikat itu.

    Kenapa saya bersetuju untuk buat konten tersebut kerana ia hanyalah berkontekskan marketing sahaja.

    Semua ini adalah rekaan semata-semata, termasuk nama, umur dan lain-lain.

    Nafinya, dia tidak pernah balik dengan lelaki tidak dikenali sebaliknya sering menghabiskan masa dengan kawan-kawan perempuan saja.

    Yang isu balik dengan dua lelaki itu, saya tidak pernah berbuat demikian. Yang mana mengenali saya, tahu saya macam mana. Kebanyakan masa saya keluar dengan kawan-kawan perempuan.

    Dalam pada itu, Lola mengingatkan kepada orang ramai yang masih mengecam untuk mencari dirinya di padang mahsyar untuk meminta maaf.

    Tapi andai kata masih ada yang berbuat demikian, walaupun video penjelasan ini telah dibuat, demi Allah saya cakap, dekat padang (mahsyar) nanti awak cari saya sampai dapat.

    Sebelum ini, tular di X video seorang gadis muda mengaku dia mula mengunjungi kelab malam sejak berumur 18 tahun. Malah, dia juga sudah dua kali mengikuti lelaki yang baru dikenalinya balik ke rumah.

    ALSO READ:  IJM Land Mempersembahkan Filem Pendek Raya Lain Dari Yang Lain Dengan “Rindu-rinduan Anak Bulan”

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts