Rakan selebriti kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah iaitu Lufya Omar dan Balkisyh Semundur Khan tampil bersuara selepas Bella membuat pendedahan mengejutkan mengenai suaminya, Aliff Aziz serta keluarga mentuanya, semalam.
“Hebat Betul Dia Move On Terima Suami Dia Walaupun…”
Menurut Lufya, dia akui Bella Astillah merupakan seorang wanita yang sangat kuat biarpun di saat rakyat Malaysia menggesanya untuk bercerai selepas Aliff ‘kantoi’ curang.
“Kuat betul wanita bernama Bella Astillah ni. Kesabaran dia beyond the limit.
Pertama kali jumpa Bella di rumah Fya majlis Baby Shower (mengandung kan Haura). Masa tengok Bella dengan A (masa tu kes curang tengah pertama kali hot). Hebat betul dia move on terima suami dia walaupun 1 Malaysia suruh dia bercerai. Tetap tebalkan muka bawak suami dia pergi majlis seperti tak ada apa yang berlaku.
Betapa dia angkat suami dia selepas jatuh. Dah cukup la Bella. No turning back.”-kongsi Lufya
Titip Kata Semangat Buat Bella
Dalam pada itu, pelakon, Balkish Semundur Khan turut memberikan kata-kata semangat buat Bella untuk terus kuat demi anak-anak serta tidak mengambil peduli akan kata-kata orang orang.
“Aku memang fobia dengan kes macam ni. Ingat apa yang kak pesan kat adik. Kuat untuk anak-anak dan pedulikan apa orang nak kata. Kak tahu apa yang adik rasa.
Memang nak kena ‘tendang’ orang jenis macam ni.”-tulis Balkisyh Semundur Khan di Instagram
Sama-sama kita doakan agar Bella terus kuat serta kemelut yang berlaku berakhir dengan baik..