Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLufya Omar Nekad Tuntut Mutaah RM 1 Juta, Kali Terakhir Bekas Suami...

    Lufya Omar Nekad Tuntut Mutaah RM 1 Juta, Kali Terakhir Bekas Suami Bagi Nafkah Anak Empat Tahun Lepas?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Lufya OmarLufya Omar

    Pelakon Lufya Omar memberitahu dia nekad menuntut mutaah daripada Dr Che Hafiz kerana bekas suaminya itu culas memberikan nafkah kepada anak mereka, Laana Haura.

    Bekas suami ‘degil’

    Lufya OmarLufya Omar

    Lufya atau nama lengkapnya Lutfyah Sheikh Omar, 39, berkata, bekas suami enggan memberikan kerjasama berhubung nafkah walaupun pernah di ajak berbincang secara baik di luar mahkamah.

    Mutaah ini saya tuntut setelah perbincangan banyak kali dan kerjasama dari pihak sana (bekas suami) gagal memberikan nafkah anak dengan jumlah yang sewajarnya.

    Janji saya pada bekas suami jika bayar nafkah anak dan berikan kasih sayang serta perhatian, saya tidak akan tuntut apa-apa.

    Namun jika sebaliknya, saya akan tuntut hak. Tapi degil, kita teruskan juga saman.

    Lufya berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

    Menerusi hantaran sama, Lufya turut menunjukkan bukti transaksi nafkah yang diberikan Che Hafiz pada kali terakhir adalah empat tahun lalu.

    Masa depan anak

    Lufya OmarLufya Omar

    Dalam pada itu, Lufya turut mengulas mengenai kenyataannya berhubung tuntutan mutaah yang dibuat sebagai simpanan untuk anak melanjutkan pelajaran kelak.

    Cerita anak saya jadi doktor ini keluar sebab saya mahu sediakan duit pendidikan untuk anak dari sekarang.

    Bukan sedikit kos untuk belajar kedoktoran. Adik saya seorang doktor pakar, jadi tahu kosnya besar. Saya niatkan hak mutaah saya untuk anak. Anak amanah yang besar.

    Terdahulu, Lufya menuntut mutaah berjumlah RM1 juta daripada Che Hafiz dan kes tersebut masih dalam proses perbicaraan mahkamah.

    Imbas kembali, Lufya dan Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada November 2016, namun berpisah pada Jun 2020.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang puteri bernama Laana Haura yang kini berusia tujuh tahun.

    ALSO READ:  Wanita Berkongsi Pengalaman Berset*buh Dengan Jin - 'Sering Mandi Wajib Sebelum Solat, Badan Penuh Darah & Lebam'

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts