Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, October 21, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentLuka Dan Hampir ‘Ditarik’ Ombak Laut, Netizen Puji Muzik Video “Lemah” Dayang...

    Luka Dan Hampir ‘Ditarik’ Ombak Laut, Netizen Puji Muzik Video “Lemah” Dayang Nurfaizah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi yang terkenal dengan jolokan ratu R&B Malaysia Dayang Nurfaizah memperkenalkan single terbarunya berjudul ‘Lemah‘ daripada album studio ke-11 beliau yang diberi judul “Janji’.

    Baru Sahaja Melancarkan Single Terbaru

    via Instagram Dayang Nurfaizah

    ‘Lemah‘ baru saja dilancarkan pada 18 Oktober dan memberikan gambaran penuh emosi mengenai tema yang akan terkandung dalam keseluruhan album.

    Lagu itu ditulis dan diterbitkan oleh penyanyi serta pencipta lagu Hael Husaini, manakala susunannya disempurnakan Mac Chew yang akan membawa pendengar menyelami kerentanan emosi yang mendalam, memaparkan keindahan dan keserlahan vokal Dayang.

    Dalam kenyataannya, Dayang turut meluahkan perasaan peribadinya terhadap lagu tersebut dengan menyatakan bahawa lagu tersebut amat bermakna baginya.

    Malah Dayang juga menyatakan dia telah mencurahkan sepenuh hati ke dalam ‘Lemah’ dan berharap ia mampu menyentuh pendengar secara mendalam.

    Video muzik lagu tersebut diarahkan oleh pengarah terkenal Lily Samsuddin dan di Instagram Dayang Nurfaizah, dia berkongsikan disebalik tabir muzik video tersebut.

    Kongsi Disebalik Tabir

    via Instagram Dayang Nurfaizah

    Melihat kepada video yang dimuat naik oleh Dayang, dia kelihatan agak takut dengan situasi dimana memerlukannya untuk mengambil video dari atas sambil badannya terapung.

    Saya memamng takut air.. laut dan tak reti berenang, tapi ramai yang tolong. Jadi terima kasih.

    Jelas Dayang, dia merupakan individu yang sangat takut dengan air terutamanya laut. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua ‘team’nya yang menolong meskipun dia tidak pandai berenang.

    Selain daripada itu, pada penghujung video yang memaparkan Dayang seolah-olah ‘ditarik’ oleh ombak laut juga turut menjadi perhatian.

    Dalam situasi tersebut, kelihatan ombak menghempas ke arah Dayang dan dia seakan-akan ‘ditarik’ dan kru pengambaran bergegas mendapatkannya.

    Diruangan komen, ramai yang kagum dan berpuas hati dengan lagu dan muzik video tersebut.

    ALSO READ:  Raya Hebat Bersama Tawaran Menarik dari Lotus's!

    Malah ada yang menyatakan bahawa ia adalah ‘Muzik Video of The Year’ dan mengharapkan lagu Lemah berjaya membawa Dayang ke AJL akan datang.

    Related articles

    Follow Us

    20,208FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts