Suara Malaysia
ADVERTISEMENTShopee SaleShopee Sale
Saturday, July 6, 2024
More
    ADVERTISEMENTShopee Sale
    HomeEntertainmentM K Land Sambut Ulang Tahun Ke-25 Dengan Fun Run – Tawar...

    M K Land Sambut Ulang Tahun Ke-25 Dengan Fun Run – Tawar Hadiah Wang Tunai Sehingga RM1,000!

    -

    Shopee CNY Sale


    Acara Fun Run yang paling dinanti-nantikan ramai kembali lagi buat tahun ini!

    Istimewa bersempena sambutan ulang tahun ke-25 M K Land, mereka berbesar hati untuk mengadakan acara larian sepanjang 5km yang bakal berlangsung pada 28 Julai nanti!

    Haa.. apa lagi, korang dah bolehlah sediakan sports gear masing-masing!

    Hadiah wang tunai sehingga RM1000

    M K Land Fun Run 2024 akan diadakan di Damansara Perdana, The Rafflesia @ Hill. Kawasan ini merupakan puncak tertinggi di Petaling Jaya dan merupakan salah satu projek utama M K Land.

    Tujuan utama mereka mengadakan larian ini adalah bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan komuniti di kalangan penduduk setempat.

    Sambil-sambil itu, korang juga dapat tenangkan fikiran dengan menikmati pemandangan indah kabus tebal di waktu pagi di sepanjang lereng bukit di The Rafflesia @ Hill.

    Paling best, lima orang pertama yang berjaya menamatkan larian paling awal mengikut kategori masing-masing bakal membawa pulang hadiah wang tunai sehingga RM1,000!

    M K Land Fun Run 2024 menawarkan dua kategori larian iaitu 5KM Trail Run dan 5KM Road Run, jadi korang boleh pilih yang mana sesuai dengan kemampuan korang.

    Setiap pelari akan menerima t-shirt acara, bib larian berserta pingat penamat.

    Cabutan bertuah tawar pakej penginapan percuma!

    Bukan hanya  hadiah menarik ditawarkan untuk acara larian, tapi M K Land juga nak bagi korang macam-macam hadiah istimewa menerusi cabutan bertuah!

    Ombak Villa Langkawi

    Antara hadiah yang menanti korang adalah penginapan percuma selama tiga hari dua  malam di resort M K Land seperti Ombak Villa Langkawi dan Bukit Merah Laketown Resort.

    Selain itu, ada pelbagai lagi aktiviti menarik menanti korang di M K Land Fun Run 2024!

    ALSO READ:  Yakin Bekas Suami Tidak Menagih Duit Rakan Artis, Mas Idayu Syak Telefon Aman Graseka Dikawal Oleh ‘Scammer’ Terdekat

    Daftar di Ticket2u

    Dah tak payah fikir-fikir lagi, jom bawa keluarga dan kawan-kawan untuk sama-sama sertai M K Land Fun Run 2024!

    Pembelian ticket boleh dibuat melalui laman web rasmi Ticket2u di SINI.

    Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Fun Run 2024 korang boleh follow laman sosial media rasmi M K Land di SINI.

    The following two tabs change content below.



    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,437FansLike
    1,181FollowersFollow
    1,049FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTAuto AffiliateAuto Affiliate

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts