Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentM. Nasir Beri Kejutan Buat Peminat, Pentaskan Konsert Cipta 2 Pada 12...

    M. Nasir Beri Kejutan Buat Peminat, Pentaskan Konsert Cipta 2 Pada 12 Oktober

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Bagi menghargai dan memenuhi permintaan peminat, Dato’ M Nasir bakal mengadakan sekali lagi Konsert Dato’ M N45IR Cipta 2.

    Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2

    Disifatkan sebagai ‘extended version’, konsert anjuran Icon Entertainment ini bakal menggegarkan pentas Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 12 Oktober hadapan.

    Menurut pengasas ICON Entertainment iaitu Iman Tang, berbeza dengan penganjuran konsert pertama, Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 hanya menerima peminat tegar Hati Emas itu dalam kapasiti yang cukup terhad.

    Selain repoirtaire lagu yang tentu akan berbeza dengan sebelumnya, Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 terhad kepada 6,000 penonton sahaja.

    Maka jika anda merupakan peminat tegar M.Nasir atau telah terlepas menyaksikan konsert-konsert beliau sebelum ini, Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 adalah momen terbaik untuk anda cipta dan simpan sebagai sejarah.

    Penyanyi berusia 67 tahun itu memberitahu akan menyampaikan lagu-lagu istimewa khas buat para peminat yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya seninya.

    Kami akan cuba membawakan lagu-lagu yang tidak dibawakan di persembahan pertama dan kami akan menambah lagi beberapa lagu baru (rakaman-rakaman saya) dalam persembahan kali ini.

    Saya harapkan persembahan CIPTA 2 akan lebih bertenaga dan memberi makna kepada anda sekalian.

    Untuk info, harga tiket dijual bermula RM 238 (Fantasia Bulan Madu- FBM), RM338 (Mentari Merah Di Ufuk Timur- MMDUT), RM458 (Layang-layang Terputus Talinya- LLTL), RM488 (Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara- SBSDGS), RM528 (Laila Namamu Teratas- LNT) dan RM588 (Keroncong Untuk Ana- KUA).

    Tiket mula dijual pada 27 Ogos 2024 (Selasa) pukul 2:00 petang di laman www.ticket2u.com.my/mnasircipta2 .

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  Lelaki Pening Kekasih Kuat ‘Mencekik’, Habis RM2.5k Sebulan Untuk Belanja Makan – ‘Hujung Bulan Saya Tinggal RM150 Je’
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts