Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentM Nasir Kembali Gegar Axiata Arena Dengan Cipta Oktober Ini!

    M Nasir Kembali Gegar Axiata Arena Dengan Cipta Oktober Ini!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Umpama hujan baru turun dan basah bumi belum sempat mengering, begitulah larut perasaan para peminat sifu seni itu yang belum boleh move on dengan Konsert Dato M.N45ir Cipta.

    Dan ramai juga yang melahirkan dukacita kerana tidak dapat ikut meraikan pesta dari konsert yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil, 10 Ogos lalu.

    ICON Entertainment dengan suka cita dan berbesar hati membawa sang legenda yang tiada duanya ini kembali menerusi satu lagi siri eksklusif konsert khas buat pencinta dan peminat sejati Mohamad Nasir Mohamed ini.

    Rencana konsert kali ini menjanjikan sebuah kepuasan berlainan sementelah ia akan menjadi medan buat figura berusia 67 tahun ini melakukan seleksi terbaik daripada 3,000 repoirtaire yang ada.

    Disifatkan sebagai extended version CIPTA, ia dinamakan sebagai Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2. Tanggal 12 Oktober 2024 dipilih sebagai hari perayaan seniman bersama peminat yang sekali lagi akan membuat seluruh Axiata Arena Bukit Jalil bergema.

    “Setelah mengambil kira semua maklum balas yang diberikan pemerhati seni, peminat tegar M. Nasir atau peminat muzik yang mengikuti perkembangan Konsert Dato M.N45ir Cipta, pihak ICON Entertainment bersama yang kami hormati iaitu the one and only Datuk M.Nasir dengan sukacita untuk mengadakan extended version konsert ini khas buat semua peminat.

    Oleh kerana ia merupakan kesinambungan daripada Konsert Dato M.N45ir Cipta, maka kami bersetuju menamakan konsert ini sebagai Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 yang akan berlangsung di lokasi sama iaitu Axiata Arena Bukit Jalil pada 12 Oktober 2024,” ujar pengasas ICON Entertainment, Iman Tang.

    Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 yang dijadual berlangsung 12 Oktober 2024 iatu tempoh yang agak jauh berbanding banyak penganjuran dua hari mengikut permintaan yang tinggi adalah kerana menghormati konsert rakan industri yang terlebih dahulu sudah dimeterai.

    Apa dan bagaimana Konsert Dato M.N45ir CIPTA 2 akan kelihatan, maka anda wajib hadir dan menjadi saksi mata kepada sebuah lagi persembahan hebat figura yang disegani ini.

    Harga tiket dijual bermula RM 238 (Fantasia Bulan Madu- FBM),  RM338 (Mentari Merah Di Ufuk Timur- MMDUT), RM458 (Layang-layang Terputus Talinya- LLTL), RM488 (Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara- SBSDGS), RM528 (Laila Namamu Teratas- LNT) dan RM588 (Keroncong Untuk Ana- KUA). Tiket mula dijual pada 27 Ogos 2024 (Selasa) pukul 2:00 petang di laman www.ticket2u.com.my/mnasircipta2

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts