Pasangan selebriti, Norman Hakim dan Memey Suhaiza memaklumkan bahawa mereka telah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah.
Perkara itu dikongsi sendiri oleh Norman dan Memey menerusi hantaran di Instagram yang turut memohon maaf di atas segala kesilapan, serta meminta doa orang ramai agar dipermudahkan segala urusan.
“Sampai waktunya untuk kami berangkat mengerjakan ibadah Umrah bersama.
Doakan kami semoga selamat pergi dan balik. Maafkan kami andai ada salah dan silap 🙏🏻.”-kongsi Memey dan Norman
View this post on Instagram
Peminat Titip Doa
Di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan doa agar pasangan ini memperoleh Umrah yang Mabrur serta selamat kembali ke tanah air kelak.
“Selamat berangkat menunaikan ibadah umrah buat Memey & Norman , semuga dipermudahkan segala urusan , aamiinnn 🤲.”
“Selamat mengerjakan umrah.Semoga diberi kesihatan yang baik ,urusan dipermudah dan memperoleh umrah yg mabrur..doakan saya dapat ke sana satu hari nanti.”
“Sampaikan salam kami pada Baginda Rasulllah. Doakan kami datang lagi ke rumah Allah. Amin.”
Sekadar info, Norman Hakim dan Memez Suhaiza mendirikan rumah tangga pada 2011. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim, dan Mikayla Delisha Hakim.
Terdahulu, Norman Hakim pernah berkahwin dengan pelakon, Abby Abada pada 2002 sebelum membuat keputusan untuk berpisah pada 2009. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Danisha Hakim.