Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
Pakai Beauty Face Mask Waktu Petang, Dibebel Che Ta!
Baru-baru ini, di laman tiktok milik Che Ta, dia memuat naik satu video yang meraih perhatian ramai. Video tersebut kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.6 juta, 70 ribu tanda suka dan komen sebanyak 4 ratus.
Di dalam video berkenaan memaparkan Aaisyah sedang memakai ‘Beauty Face Mask‘ di petang hari namun dibeleter oleh Che Ta kerana berkemungkinan ‘Beauty Face Mask‘ tersebut sudah tamat tempoh.
“Macam Shy-Tan la muka Aaaisyah”-kata Aaisyah
“Aaisyah buat apa ni petang-petang buta pakai mask pulak, orang malam sebelum tidoq Aaisyah oii, tah tah dah expired dah aku punya mask tu Aaisyah”-kata Che Ta
“ooohooo Byeee”-kata Aaisyah
@rozitachewan1 Semua benda hakk mak dia, dia sesahkannnnnnnnnn… 🤪 . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #rozitachewan #rcw #fyp #anakcheta
Rata-rata ramai terhibur melihat video Aaisyah tersebut, ada yang mengatakan bahawa Aaisyah makin hari semakin lucu kerana telatahnya yang begitu.
Apa-apa pun, jika Che Ta sering menjaga kecantikkan maka begitu juga Aaisyah. Bak kata pepatah “mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi”.
Apa kata anda?
Credit: Selebriti – Murai MY