Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Macam Tak Adil Je” – Pikat Isteri Orang Dikenakan Denda Terhadap Lelaki,...

    “Macam Tak Adil Je” – Pikat Isteri Orang Dikenakan Denda Terhadap Lelaki, Michael Ang Suara Pendapat Tidak Bersetuju

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebelum ini, berita mengenai kesalahan menggoda dan memikat isteri orang termaktub di bawah Seksyen 43 Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2001 menyatakan bahawa tindakan tersebut boleh didenda RM5,000 atau hukuman tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

    Michael Ang Suara Pendapat

    via Instagram Michael Ang

    Di atas berita tersebut, pengarah dan juga pelakon Michael Ang turut menyuarakan pendapatnya mengenai isu tersebut.

    Betul ke berita ni atau propa. Kalau betul macam tak adil je. Lelaki aja kena. Kalau perempuan menyondol suami orang tak kena hukuman apa apa ke?

    Tak adil la i rasa. Patutnya semua perampas dan penyondol harus kena. Kalau betul la benda ni, so tak adil la.

    Tulis Michael Ang, baginya tindakan denda yang dikenakan tersebut seolah-olah tidak adil. Ini kerana denda tersebut seolah-olah berpihak hanya pada golongan lelaki sahaja.

    Michael Ang juga turut mempersoalkan bagaimana sekiranya yang ‘menyondol’ tersebut adalah dari golongan perempuan? Adakah tiada tindakan yang dikenakan kepada perempuan tersebut.

    Netizen Turut Bersetuju

    via Instagram Michael Ang

    Melihat diruangan komen, rata-rata bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh Michael Ang termasuk golongan perempuan sendiri.

    Netizen juga turut menyatakan sepatutnya tdenda tersebut dikenakan kepada kedua-dua jantina, tidak kira lelaki mahupun perempuan.

    Menurut HMetro, Mahkamah Persekutuan juga sebelum ini telah memansuhkan Seksyen 498 Kanun Keseksaan berkaitan menjenayahkan perbuatan lelaki yang menggoda isteri orang kerana ia tidak berperlembagaan.

    Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan sebulat suara, berkata panel hakim berpendapat seksyen itu bercanggah dengan perlembagaan kerana ia mendiskriminasi secara tidak sah hanya atas alasan jantina, yang bertentangan dengan Perkara 8(2) Perlembagaan Persekutuan.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts