Perkongsian terkini usahawan kosmetik terkenal, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri mencetuskan pelbagai reaksi netizen di media sosial.
Madammu menerusi hantaran di Instagram dilihat menggayakan black top serta long sleeve cropped blazer berwarna hitam bersama seluar jeans.
View this post on Instagram
Dapat Komen Lucah?
Walaubagaimanapun, perkongsian Madammu ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menegur pemakaiannya yang dikatakan semakin ketat, sehingga ada yang berani memberikan komen berbaur lucah kepada usahawan berusia 34 tahun ini.
“Simpan lah sikit kemaluan tu. Kami follow Madammu yang dulu sekarang terlampau menonjol. Astaghfirullahalazim.”
“Tegurlah ke arah kebaikan. Jaga auratmu. Peringatan untuk diri sendiri juga.”
“Alohh seksi teruk ni Madammu! Tak mau! Tak mau!.”
“Astaghfirullahalazim. Sedih sangat, serah pada Allah.”
“Tak sesuai, terserlah nampaknya.”
Madammu Beri Respon!
Tidak berdiam diri, usahawan ini turut membalas komen salah seorang netizen yang memberikan komen lucah kepadanya. Jelas Madammu, mata netizen ini akan melihat berdasarkan apa yang ada di mindanya.
“Lelaki ke perempuan ni. Apa jenis mata ni. Mata you akan melihat dan nampak based on apa yang ada di minda you.”-balas Madammu
Di sebalik ramai yang mengkritik, Madammu tetap dipuji peminat yang memuji penampilannya tetap kelihatan seperti anak dara biarpun selepas melahirkan anak pertama pada Jun 2023.
Sekadar info, Madammu mendirikan rumah tangga dengan seorang duda anak tiga yang sudah kematian isteri iaitu Muhammad Azri Che Noh di usia 25 tahun setelah tamat pengajian dalam bidang komunikasi massa. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, iaitu Ahmad Kayden.
Madammu turut mempunyai tiga anak tiri iaitu, Zahara, Qally, dan Ahmadhi hasil perkahwinan suaminya yang terdahulu.