Perkongsian terkini usahawan kosmetik terkenal, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri mencetuskan rasa teruja netizen di media sosial selepas dilihat meraikan hari lahir anak lelakinya, dalam satu majlis yang diadakan bertemakan warna serba biru..
Madammu menerusi hantaran di Instagram, akhirnya berkongsi wajah terkini anak lelakinya, Ahmad Kayden selepas genap setahun melahirkannya menerusi proses in vitro fertilization (IVF).
“Hari ini (Ahad) genaplah setahun Ahmad Kayden dan gambar ini khas untuk aunties yang follow journey IVF mommy saya dari awal sehingga saya dilahirkan.
Ya saya tahu muka saya macam papa saya. Tapi bagi la sikit dekat mummy saya 😜.”-kapsyen Madammu di Instagram
View this post on Instagram
“Pipi Berat Tu Sampai Jatuh…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat wajah Ahmad Kayden, malah ada yang sempat berseloroh terhadap Madammu yang dikatakan terlalu obses dengan suaminya ketika hamil sehingga bayi yang dilahirkan itu sangat mirip seperti wajah bapa.
“Pipi berat tu sampai jatuh. Shomel sangat Ahmad Kayden.”
“Tu la mami masa mengandungkan Kayden, obses dengan daddy. Kang ikut daddy sebiji. Sabar-sabar besar sikit, ikut muka mami pulak tu.”
“Comeinya, okay Madammu, semua ikut TP, putih je ikut muka mommy.”
“Wah TP tapau semua eh muka Kayden. Hehe. Happy birthday Kayden. Semoga jadi anak soleh, bijak pandai, diberkati dunia dan akhirat dan makin hensem!.”
“Nice eyes Kayden, Copy paste kakak Zahara sangat ni. Semoga Kayden sihat selalu.”
Sekadar info, Madammu mendirikan rumah tangga dengan seorang duda anak tiga yang sudah kematian isteri iaitu Muhammad Azri Che Noh di usia 25 tahun setelah tamat pengajian dalam bidang komunikasi massa. Tiga orang anak tirinya bernama Zahara, Qally, dan Ahmadhi.