Namun tiada siapa sangka, di sebalik kecantikannya itu, dia juga pernah menjadi mangsa bodyshaming industri Bollywood.
Kongsinya suatu ketika dulu, Madhuri pernah ‘dihina’ kerana bentuk badannya sebelum filem aksi ‘Teezaab’ berlaku.
View this post on Instagram
Mengimbas kembali momen buruk itu, Madhuri mendedahkan ada beberapa orang industri mengatakan dia terlalu kurus di awal kariernya.
“Di awal karier saya, mereka fikir saya terlalu kurus dan berkata, “Heroin ini perlu digemukkan”. Kebanyakkan mereka tidak akan cakap di hadapan wajah saya dan kritik secara diam.”
View this post on Instagram
Walaupun begitu, Madhuri memberitahu dia sedikit terkesan dan cuba untuk atasinya. Tetapi setelah filem ‘Teezab’ berlaku, semuanya kembali normal dan tiada lagi bodyshaming.