Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMadu Adira Suhaimi Berdoa Untuk Kebahagiaan Sambil Muat Naik Gambar Di Luar...

    Madu Adira Suhaimi Berdoa Untuk Kebahagiaan Sambil Muat Naik Gambar Di Luar Mahkamah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Isteri pertama kepada Datuk Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila memuat naik fotonya berada di sebuah mahkamah syariah menerusi hantaran Instagram (IG) Stories.

    ‘Serahkan urusanmu pada Allah’

    Menerusi hantaran tersebut, Norshafila yang turut dikenali sebagai Datin Red itu berkongsi nukilan bahasa Arab meminta agar dirinya menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT.

    Madu kepada penyanyi Adira Suhaimi itu turut memberikan bayangan bahawa dia percaya dengan takdir yang telah ditentukan buatnya.

    Serahkan urusanmu kepada Allah, senyum dan tenanglah. Jika sesuatu datang kepadamu, ia pasti milikmu.

    Dan jika sesuatu itu tidak datang kepadamu, maka pasti sesuatu itu tidak sesuai untukmu.

    Teruslah percaya kepada Allah dan ucapkanlah Alhamdulillah.

    Menerusi hantaran lain, Datin Red berkongsi bahawa dia sudah pun merasakan pelbagai ujian kehidupan dari segi ekonomi, pekerjaan, hubungan dan keluarga.

    Datin Red dilihat turut berkongsikan foto dirinya berada di perkarangan sebuah mahkamah syariah sambil menggunakan lagu nyanyian Agnes Monica yang berjudul ‘Rapuh’.

    Ujian apa lagi yang belum aku rasakan. Ekonomi, keluarga, hubungan, pekerjaan. Semuanya telah diuji kepadaku.

    Bahkan, berada dititik paling bawah pun telah aku rasakan.

    Ya Allah, boleh kah aku meminta bahagian bagi kebahagiaanku?

    Sekadar info, Datin Red merupakan isteri pertama bagi Datuk Red dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dengan lima orang cahay mata.

    Datuk Red kemudiannya bernikah dengan penyanyi Adira Suhaimi di Songkhla, Thailand pada tahun 2015 lalu dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

    Untuk rekod, Adira kini dalam proses penceraian selepas memfailkan permohonan tersebut pada 25 Oktober.

    ALSO READ:  Menyesal Dirangkul Lelaki Dalam Drama, Zara Zya Azam Akan Lebih Jaga Batas Sebagai Muslimah Bertudung

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts