Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMadu Marissa Dania Tidak Kisah Jika Ada Rezeki Hamil Anak Ke-3, Misya...

    Madu Marissa Dania Tidak Kisah Jika Ada Rezeki Hamil Anak Ke-3, Misya Akui Aslam Tidak Menemaninya Ketika Melahirkan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Apabila mencapai satu fasa dalam rumahtangga, ujian dilalui kebanyakan suami isteri ialah gangguan orang ketiga.

    Namun, ia boleh dielakkan andai hati tidak goyah, kekal dengan kasih sayang serta sentiasa ingat anak dan isteri.

    Paling penting iman di dada kekal utuh dan menjadikan keluarga sebagai matlamat ke syurga.

    Suami curang biasanya diuji dengan kesempurnaan dan kebaikan wanita lain.

    Namun, pastinya anaklah yang menjadi penguat buat si isteri untuk terus bertaut ketika rumahtangga dilanda badai.

    Berbahas soal ini, madu kepada pempengaruh media sosial Marissa Dania Hakim iaitu Misya Mazlan tidak menolak rezeki sekiranya dikurniakan cahaya mata ketiga dengan suaminya, Ahmad Aslam.

    Misya bagaimanapun berkata, rezeki untuk memiliki anak ketiga bergantung kepada perancangan keluarga bersama suami.

    Tidak hanya itu, dia juga sempat berseloroh dengan mempersoalkan ‘nombor tiga’ yang dimaksudkan dalam pertanyaan merujuk kepada pertambahan anak atau jumlah isteri suaminya.

    “Saya masih pertimbangkanlah kalau ada (tambah anak), alhamdulillah tetapi apa pun masih merancanglah,” katanya dalam sebuah video TikTok yang dimuat naik baru-baru ini.

    Menerusi video tersebut, Misya turut berkongsi pengalamannya melahirkan dua anak lelakinya iaihu Nuh dan Hud secara normal.

    Katanya, sepanjang tempoh kehamilan dia tidak mengalami alahan teruk yang menyusahkan diri dan orang sekeliling.

    “Alhamdulillah saya kahwin pada usia muda sewaktu umur 21 tahun. Pada awalnya, rasa macam boleh ke menjadi seorang mak dan membesarkan anak.

    “Namun, dalam masa yang sama rasa gembira. Alhamdulillah sewaktu mengandung dua anak, saya tidak mengalami alahan mabuk atau mengidam sebab tidak sedar pun sedang mengandung,” ujarnya.

    Dia juga memberitahu, suami juga tidak menemaninya sewaktu melahirkan anak sulung mereka memandangkan negara dalam tempoh pandemik Covid-19 ketika itu.

    ALSO READ:  Mangsa Gangguan Seksual, 7 Selebriti Bollywood ‘Buka Mulut’ Tentang Kisah Gelap Mereka

    Terdahulu, rumah tangga Misya kembali menjadi bualan ramai selepas Aslam dikatakan sudah bernikah dengan Marissa di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

    Perkara itu seterusnya disahkan oleh kakak Misya dikenali sebagai Nadiah bahawa adiknya sudah dimadukan.

    Pasangan berkenaan dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan Misya yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

    Lebih dramatik, pernikahan tersebut juga berlansung tanpa pengetahuan keluarga Marissa termasuk ibu bapanya iaitu pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim.

    Bagaimanapun, sehingga hari ini Abby dan Norman masih kekal mengunci mulut tanpa mengesahkan mengenai dakwaan pernikahan tersebut apabila panggilan telefon serta mesej tidak dijawab.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts