Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMAG Bawa Pengunjung Terokai Pameran Innovasi Di MATTA Fair 2024, Beri Diskaun...

    MAG Bawa Pengunjung Terokai Pameran Innovasi Di MATTA Fair 2024, Beri Diskaun Penerbangan Sehingga 30%

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Malaysia Aviation Group (MAG) sekali lagi dilantik sebagai Rakan Kongsi Syarikat Penerbangan Rasmi dan Penaja Utama untuk pameran pelancongan antarabangsa terbesar di Malaysia, MATTA Fair 2024.

    Matta Fair

    Berlangsung dari 6 hingga 8 September 2024 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), acara penting ini yang dianjurkan oleh Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA). Ia hadir dengan pelbagai promosi perjalanan dan tawaran produk yang unik termasuk dari Malaysia Airlines, Firefly, MASwings, Journify dan Enrich.

    Pengunjung boleh menikmati tawaran diskaun sehingga 30% untuk tambang penerbangan kelas Ekonomi dan Kelas Perniagaan pada semua penerbangan Malaysia Airlines serta Firefly. Tawaran eksklusif ini tersedia dari 5 hingga 16 September 2024 di platform dalam talian syarikat penerbangan tersebut untuk perjalanan sehingga 31 Ogos 2025.

    Selain itu, ahli Enrich boleh memanfaatkan tempahan awal pada 4 September 2024, sehari sebelum jualan bermula, dan juga mendapatkan tawaran diskaun sebanyak 5,000 mata untuk penebusan penuh di Enrich Hotels.

    Untuk penjimatan tunai tambahan, pemegang kad EnrichMoney dan pemegang Kad Kredit Enrich Visa AmBank boleh menikmati diskaun tambahan sebanyak lima peratus, 5X EnrichMoney Points dan 2X Mata Bonus Enrich.

    MAG Arena

    Selain promosi penerbangan, pengunjung boleh menerokai pengalaman unik ketika melawat Arena MAG yang meliputi ruang seluas 11,000 kaki persegi.

    i) Pameran produk secara maya Terokai kabin A330neo kami dalam Realiti Maya (VR), menampilkan kerusi Kelas Perniagaan Collins Aerospace Elevation yang inovatif dan kerusi Kelas Ekonomi Recaro CL3810 yang memenangi anugerah. Selain itu, nikmati pengalaman Realiti Terimbuh (AR) menerusi penapis khas di telefon pintar anda, serta merasai pengalaman berjalan di dalam kabin 360° buat pertama kali.

    ALSO READ:  [VIDEO] Black Hanifiah Pulih Dari Pembedahan Buang Ketumbuhan Di Anak Tekak – ‘Saya Ingatkan Terkena Sihir’

    ii) Bersemuka dengan lagenda sukan Datang dan bertemu dengan Lagenda Manchester United secara eksklusif di Arena MAG! Jangan lepaskan peluang eksklusif ini untuk bertemu dengan wira di zon Rakan Sukan Global Malaysia Airlines. i

    ii) Teknologi masa depan Langkah ke dalam photobooth AI kami dan tampil secara serta-merta di destinasi impian anda dengan teknologi canggih Google Gemini.

    Selain itu, cipta jadual perjalanan anda yang sempurna dengan mudah menggunakan perancang perjalanan berkuasa AI kami. Hanya masukkan butiran perjalanan anda seperti destinasi, bilangan rakan perjalanan, tempoh penginapan, bajet dan menerima jadual perjalanan secra peribadi.

    Sorotan acara ini ialah Pertandingan Pembeli yang sangat dinanti-nantikan, yang dianjurkan bersama oleh Malaysia Airlines dan MATTA. 23 tiket pergi balik akan diberikan, termasuk tiket Kelas Perniagaan ke London dan Da Nang, serta tiket Kelas Ekonomi ke Jepun dan Vietnam.

    Arena MAG terletak di Tingkat 3 MITEC. Sertai kami di MATTA Fair 2024 untuk pengalaman luar biasa dan tawaran eksklusif!

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts