Jenama aiskrim terkenal, Magnum meraikan kerjasama sulungnya bersama Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) dengan menampilkan hasil karya daripada dua jenama tempatan SHALS dan Tact yang berinspirasikan kelazatan aiskrim Magnum, sekali gus menyatukan kenikmatan dengan fesyen secara sempurna.
Penampilan sulung Magnum di pentas peragaan melambangkan sambutan kreativiti, keanggunan dan pencarian kenikmatan sebenar. Kolaborasi dengan pereka tempatan SHALS dan Tact menyerlahkan gabungan sempurna antara ‘glamor’ dengan nikmat kemewahan, selaras dengan semangat aiskrim Magnum untuk mencipta pengalaman terunggul.
Pengurus jenama ais krim Magnum Malaysia, Leow Che Shen, meluahkan rasa teruja dengan kerjasama sulung bersama Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2024 serta kolaborasa bersama dua pereka tempatan, iaitu SHALS dan Tact.
“Di Magnum, kami sentiasa menyampaikan pengalaman sensasi yang memecah sempadan untuk menawarkan kenikmatan sebenar. Kami sangat teruja untuk membawa kerjasama sulung bersama KLFW ini kepada pencari kenikmatan di Malaysia. Pertemuan antara Magnum dengan fesyen ini adalah penyatuan sempurna antara kenikmatan dan gaya.”-kata Leow Chi Shen
Kolaborasi dengan KLFW juga melambangkan satu pencapaian penting untuk Magnum kerana ia bukan hanya menegaskan komitmen jenama itu terhadap pengalaman premium dan kualiti, tetapi juga dedikasi berterusan untuk menginspirasikan kreativiti dan keseronokan dalam setiap pengalaman, disemarakkan lagi oleh semangat “True to Pleasure”.
Bagi memeriahkan lagi acara itu, Magnum telah memperkenalkan perisa baharu, Magnum Mango Yoghurt Parfait yang bakal tiba di Malaysia lama lagi. Dengan menyatukan tekstur yogurt yang lemak berkrim dengan kemanisan tropika mangga, ia menawarkan pengalaman mewah yang mengujakan