Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMahalini Buat Laporan Polis Selepas Dituduh Curang – ‘Sudah Tiga Jam Saya...

    Mahalini Buat Laporan Polis Selepas Dituduh Curang – ‘Sudah Tiga Jam Saya Minta Bukti Tapi Dia Tak Balas’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Indonesia, Mahalini meluahkan rasa bengang apabila dituduh menjalin hubungan sulit dengan salah seorang rakan sekerjanya.

    Tidak benar

    Menurut Mahalini, ada seorang individu di TikTok yang dikenali sebagai Hazwa_ mendakwa dirinya tidak cukup mempunyai seorang lelaki (suami) dalam hidup sehingga curang. Lebih teruk, individu berkenaan sudah lama menganggu kehidupan Mahalini sehinggakan nama ayah dan keluarganya turut dikaitkan.

    Untuk semua yang ‘termakan’ berita yang tidak enak di luar sana, saya mohon maaf atas perkara tersebut. Itu semua tidak benar. Akaun yang bernama Hazwa_ di TikTok memang mengundng pergaduhan fitnah. Dari dulu sudah mengusik saya dan suami sebelum menikah.

    Dia buat konten yang tidak masuk akal bersama kapsyen yang tidak ada bukti sehingga orang lain percaya. Saya dan suami baik-baik sahaja. Saya sudah hantar dm dekat individu tersebut untuk meminta bukti.

    Susulan daripada apa yang berlaku, Mahalini mengakui dia sudah menghantar direct message (dm) terhadap individu itu. Namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang maklum balas yang diterima olehnya.

    Tambah Mahalini, Rizky sempat meninggalkan komen dan meminta individu tersebut berhenti membuat fitnah. Rizky juga menegaskan bahawa dia akan mengambil tindakan tegas terhadap individu itu.

    Dia tutup komen, Tapi konten yang ramai orang tengok dia masih biarkan sahaja. Komen positif daripada fans saya dia padam dan block. Dia sepatutnya percaya dengan konten yang dimuat naik dan respons kembali kepada saya dan suami.

    Jujur saya terkesan. Saya nak berkarya bukan nak isu macam ini. Jarang saya bersuara kerana kasihan terhadap peminat karya-karya saya.

    Pelantun suara ‘Mati-Matian’ ini turut berkata, dia mahu berjumpa dengan individu tersebut memandangkan sudah tiga jam dia tidak mendapat sebarang bukti. Difahamkan, Mahalini juga sudah membuat laporan polis.

    ALSO READ:  Terokai Keindahan Chiang Mai Dengan 7 Penginapan Airbnb Yang Unik Ini

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts