Penyanyi Mahalini Raharja sering dianggap melakukan pembedahan kosmetik kerana memiliki wajah yang agak berbeza berbanding ketika dia menyertai rancangan Indonesian Idol beberapa tahun lalu.
Isteri kepada Rizky Febian itu menolak sekeras-kerasnya dakwaan melakukan pembedahan kosmetik dan mendedahkan perubahan itu disebabkan oleh perbezaan berat badan.
Mengimbas semula momen menyertai Indonesian Idol. Mahalini memberitahu beratnya telah meningkat sebanyak 9 kilogram, menjadi hampir 60 kilogram. Peningkatan itu berlaku kerana nasi kotak yang menjadi makanan hariannya.
“Semuanya kerana nasi kotak. Sebelum ini berat saya 59 kg dan semalam saya 47 kg. Bila saya kurus, netizen kata “lihat sahaja Mahalini semasa di di Idol”, merujuk kepada perbezaan berat membuatkan wajah saya nampak lain.”
Penyanyi itu berpendapat tiada makanan lain untuk dimakannya selain nasi kotak sahaja memandangkan dia memerlukan banyak tenaga ketika bertanding di Indonesian Idol.
Setiap hari, Mahalini memberitahu dia aktif berlatih vokal dan koreografi yang memerlukan dia untuk makan bagi mendapatkan tenaga.