Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMahalini Lovechestra Kembali Ke Malaysia, Harga Tiket Bermula RM279!

    Mahalini Lovechestra Kembali Ke Malaysia, Harga Tiket Bermula RM279!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perhatian kepada peminat penyanyi Indonesia, Mahalini yang terkenal dengan lagu-lagu seperti Sial, Kisah Sempurna, Sisa Rasa, Bawa Dia Kembali dan banyak lagi, akhirnya mengumumkan bahawa beliau akan membuat konsert di Malaysia untuk mengubat rindu peminatnya!

    Dari akaun Instagram rasmi penganjur, Kharisma Music International, Mahalini atau Ni Ketut Mahalini Ayu Raharja akan kembali ke Kuala Lumpur, Malaysia pada 3 Februari 2024.

    “LOVECHESTRA MAHALINI live in Kuala Lumpur, 3 Februari 2024, Megastar Arena Kuala Lumpur.”- tulis penganjur

    Jelas bahawa pelbagai lagu ‘hits’ akan dipersembahkan oleh Mahalini di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada Februari 2024! Harga tiket bermula dari RM299, RM279, RM399, RM429, RM799 (VVIP Seated) .

    Diberitahu bahawa anda boleh membeli tiket early bird pada harga yang lebih rendah dari 11 Disember hingga 12 Disember 2023 (hari ini) pada jam 11.00 pagi sebelum kembali pada harga tiket yang asal. Anda boleh membeli tiket anda di sini menerusi laman web ticket2u.com.my.

    Mahalini sebelum ini telah mengadakan konsert sulungnya di Malaysia, ‘Mahalini live in Kuala Lumpur’ selama dua hari di Zepp Kuala Lumpur pada Januari 2023 dan menampilkan Aisha Retno dan Leaism sebagai artis pembuka tirai.

    Jangan lepaskan peluang!


    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts