Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentMahmud Jumaat Tarik Diri Mewakili Ibu Zayn Rayyan – ‘Saya Bukan Peguam...

    Mahmud Jumaat Tarik Diri Mewakili Ibu Zayn Rayyan – ‘Saya Bukan Peguam Sesuai Untuk Kes Ini’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Mahmud Abdul JumaatMahmud Abdul Jumaat

    Peguam Mahmud Abdul Jumaat mengesahkan dia tidak lagi mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Mateen, 6, yang ditemui mati pada Disember tahun lalu.

    Tarik diri

    Mahmud Abdul JumaatMahmud Abdul Jumaat

    Menerusi hantaran di Facebook, Mahmud berkata, dia tidak sesuai untuk mengendalikan kes tersebut dan mendoakan keadilan buat arwah.

    Saya bukanlah peguam yang sesuai untuk kes ini (Zayn Rayyan).

    Saya doakan keadilan akan bersama kita semua.

    Pada hantaran sama, Mahmud turut menggunakan tanda pagar #justiceforzaynrayyan.

    Sementara itu, di ruangan komen, Mahmud meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi tidak benar.

    Ramai mohon kenyataan saya berkenaan dengan apa yang dibangkitkan oleh peguam OKT2. Penjelasan saya seperti di atas, doakan keadilan untuk semua.

    Saya masih memohon orang ramai jangan membuat sebarang spekulasi tentang keputusan ini. Hati-hati kes masih dalam perbicaraan.

    Pada 4 Jun lalu, Mahmud yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan mengambil keputusan menarik diri sebagai peguam pasangan itu berikutan sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

    Menerusi satu kenyataan, dia berkata ingin memberi tumpuan kepada beberapa kes lain yang sedang dikendalikannya. Perkara itu sekali gus mencetus kontroversi yang mengaitkan dengan pelbagai ‘andaian’.

    Pada 28 Jun lalu, ibu dan bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari, didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan.

    Zaim Ikhwan dan Ismanira, masing-masing berusia 29 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.

    Imbas kembali, 6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan terbaring di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.

    ALSO READ:  [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Urus Jenazah Ayah Sampai Ke Liang Lahad – ‘Let Me Send You Home For The Last Time’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts